FanFiksyenMY

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang cabaran penulisan #DudukRumah Bersama Wattpad edisi FanFiksyenMY! Kami sangat seronok membaca semua hasil tulisan anda - semua penyertaan anda sangat berharga, segala sokongan Wattpadders sangat bermakna. 
          	Jumpa lagi di cabaran seterusnya. 
          	
          	https://www.wattpad.com/899815789-dudukrumah-bersama-wattpad-pengumuman-pemenang

FanFiksyenMY

Salam sejahtera Wattpadders semua!
          
          Apa khabar semuanya? Bagaimana sambutan perayaan anda dalam kuarantin setakat ini? Pasti sahaja tetap menarik dan menghiburkan seperti sebelum ini betul?
          
          Dalam kita bergembira menyambut tiga perayaan utama - Hari Raya, Hari Keamatan dan Hari Gawai - kami ingin memaklumkan bahawa  peluang untuk menghantar penyertaan untuk #DudukRumahBersamaWattpad kini menemui penghujung.
          
          Jika anda sudah melengkapkan dan menghantar semua prompt, terima kasih, tahniah dan syabas!
          
          Jika anda tidak sempat untuk melengkapkan prompt, jangan risau boleh ikuti pertandingan yang akan datang.
          
          Kini sudah tiba fasa untuk penyertaan anda disemak dan dinilai. Sementara menunggu, anda boleh membaca Malaysia Ria di @AmbassadorsMY atau membaca karya-karya ciptaan Ambassadors kami.
          
          Kami tidak sabar untuk membaca kesemua prompt anda! Sehingga bertemu lagi nanti.
          
          AmbassadorsMY & FanFiksyenMY

FanFiksyenMY

Hi Wattpadders dan penulis kreatif semua!
          
          Pasti ramai yang sudah dapat notifikasi mesej daripada  FanFiksyenMY mengenai penyertaan anda ya.
          
          Tahniah kepada mereka yang sudah melengkapkan semua prompt, dan untuk yang masih berkira-kira nak join atau tak, tarikh penyertaan seperti PKPB juga, dilanjutkan! Jadi jangan lepaskan peluang ini dan menulislah!
          
          Selain prompt FanFiksyenMY, ada juga prompt genre lain di @RomantikaMY, @SeramMY, @FiksyenSainsMY dan @FantasiMY tau. Jom menulis.
          
          https://www.wattpad.com/story/220828841-dudukrumah-bersama-wattpad

FanFiksyenMY

Helo Wattpadders semua! 
          
          Assalamualaikum & salam sejahtera. 
          
          Pertamanya kami dari pihak FanFiksyenMY & @AmbassadorsMY ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin muslimat di Malaysia. Semoga anda semua mendapat keberkatan dan memperolehi hikmah sepanjang bulan yang mulia ini. 
          
          Seterusnya, kami ingin menyampaikan berita gembira buat anda semua! Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 12 Mei, ini bermakna tarikh akhir penyertaan adalah 12 Mei 2020. 
          
          Pihak AmbassadorsMY telah melihat sambutan #DudukRumahBersamaWattpad di semua profil dan kami ingin memberi peluang kepada anda dan pembaca yang lain untuk memeriahkan lagi pertandingan ini. 
          
          Jadi ayuh kita bersama-sama menyebarkan tentang pertandingan ini ke semua platform media sosial! Akhir kata, selamat menulis & duduk rumah!

FanFiksyenMY

Hi wattpaders dan peminat-peminat Fantasi! 
          
          Seperti anda tahu, profile @FantasiMY, @RomantikaMY, @SeramMY, @FiksyenSainsMY dan @FanFiksyenMY sedang menjalankan pertandingan #DudukRumah dalam tempoh PKP ini! 
          Sekarang, kami akan update anda tentang hadiah kit digital yang anda boleh menangi daripada pertandingan ini!
          Bagi pemenang-pemenang aktiviti yang dilangsungkan di pertandingan #DudukRumah, anda akan mendapat sebuah sticker, hasil karya anda dalam bentuk poster dan karya tersebut akan disiarkan dalam Antologi #DudukRumah di profil @AmbassadorMY!
          
          Nampaknya hadiah ini sungguh menarik! Jadi, tunggu apa lagi! Kalau anda belum menyertai pertandingan ini, buatlah sekarang! Semoga berjaya!
          
          https://www.wattpad.com/story/220828841-dudukrumah-bersama-wattpad

silverlining99

@FanFiksyenMY kami nak lagi prompt 2 memandangkan penyertaan tutup 12 MEI
Reply