Naura Adlina

Naura Adlina

505 Reads 6 Votes 22 Part Story
AuniNajihah By MaCoQuiLlagE Updated Jun 25

"Aku sayangkan kau, Naura. I swear to God, hidup dan mati aku hanya kau sahaja wanita yang aku cintai....Aku yakin, rasa cinta ini sangat besar ertinya kepada kau dan mencintai kau adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup aku......" -Edry Iskandar.

".......Satu-satunya perasaan yang tersimpan dalam hati aku untuk kau hanya lah rasa sayang seorang adik kepada abangnya. That's all. Tolonglah jangan hapuskan perasaan tu dari hidup aku, sebab aku dah hilang kasih sayang  tu dari kakak aku.....dan aku tak nak hilang kasih sayang tu dari kau pula......" Pintaku agar Irfad tidak terus memaksaku.

"Jangan tinggalkan aku. Aku sayangkan kau. Aku tak kesah kalau kau tak sudi untuk bernikah dengan aku. It's okay, I understand. Tapi, tolong lah sentiasa berada di sisi aku sebab aku perlukan kau. Biarlah aku pergi dulu asalkan aku tidak rasa ditinggalkan oleh orang yang aku sayang lagi." -Haris Reduan.

Edry Iskandar adalah lelaki pertama yang telah mencuri hatiku. Apabila pak long mengambil keputusan untuk menguruskan perniagaan keluarga kami di Prancis, segala hubungan yang terjalin setelah sekian lama terputus dengan mudahnya. Akhirnya aku terima pinangan Zaid dengan harapan aku dapat lupakan Iskandar. Kami bertunang dan hampir bernikah. Tapi tak jadi, sebab walid minta aku sambung belajar di London dan kami putus perhubungan. Walid menetapkan bahawa Irfad akan mengawasi setiap pergerakanku sepanjang di London. Pandangan positifku terhadapnya berubah 360 darjah. Manakan tidak, sewaktu di London, hidupku dikawal sepenuhnya sehinggakan rakan-rakan sekelas tidak mahu mendekatiku dek rasa rimas diekori dan diperhatikan 24 jam. Akhirnya, aku menemui Haris. Majikanku sewaktu aku bekerja di kafe kepunyaanya untuk mempelajari kesusahan dalam kehidupan setelah pulang ke Malaysia. Aku mula mencintainya tetapi Iskandar muncul kembali dan menghancurkan segalanya. Siapakah yang akhirnya akan memiliki hatiku? Adakah Edry Iskandar, Zaid Raef, Irfad Fahmi atau mungkin Haris Reduan?

  • koyal
  • romance
  • support
  • wattys2018

No comments listed yet.