Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dengan mereka bahawa aku dapat menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Hafiey Zulaikha terbelenggu dengan masalah cintanya dengan Ilman tak berkesudahan. Akhirnya aku yang mempertemukan dia dengan Haqif Aryan. Tetapi kini mereka memperkenalkan aku dengan lelaki serupa ini? Dengan niat apa? Supaya aku tak ganggu cinta diorang lagi dengan membelenggukan aku dengan masalah lain? Erghhhh?!!! Aku benci keresahan ini! "Gua nak lu." Aku benci dia. Benci cara penampilan dia. Benci lisannya. Benci rupanya. "Aku tak perlukan cinta. Aku penulis dan pereka kisah cinta. Aku tak perlukan drama dalam hidup. Kerana aku yg mencipta drama itu. Aku adalah penulis dan aku akan pastikan watak kau mati dalam bab pertama!" Itu prinsip aku sebelum perkara2 berikut berlaku. 1• Rambut nya yg merah sudah tidak membuat ku benci. 2• Mata nya yg sebelah merah *contact lense* dan sebelah hitam juga sudah kurang relevan untuk ku benci. Kerana aku masih boleh tenung mata kirinya yg dalam dan itu sahaja sudah membuatku angau. 3• Setiap butir bicaranya yg kasar juga sudah sebati di telinga ku. 4• Tabiat nya yg suka merokok juga sudah tidak penting. 5• Dan juga nama panggilan yg dia berikan pada ku. Aku suka. Kerana aku sudah jatuh. Jatuh cinta pada dia. Dan aku mahu cinta itu.