"Tak takut ke bawa nyawa orang?" - NF "Awak bawa nama dan maruah negara, tak takut jugak?" - AA Pertama kali bertemu di Kuala Lumpur International Airport telah membuatkan dua hati terikat antara satu sama lain. Pertukaran nombor telefon telah menjadikan ia sebagai tiket permulaan kisah cinta. "You know what? Awak serupa macam gam gajah." - NF "Awak samakan saya dengan gam gajah? Seriously gajah?" - AA "Awak berjaya cantumkan kasih sayang saya menjadi cinta yang berbuah mekar di dalam hati." - NF Hati yang masih dipenuhi rasa bersalah dengan kesilapan dalam percintaan silam juga menambah masalah lagi ke dalam hubungan tersebut. Tidak lupa kepada ibu yang tidak merestui dek kerana pekerjaan si gadis tersebut. Lupakah mereka bahawa setiap hubungan pasti ada pergolakan yang berlaku? Tepat hari perkahwinan, hati Naim Firdaus dilukai dan dirinya turut ditinggalkan. Namun, Adeeva Afsheen kembali semula setelah 2 tahun bagi menebus kesalahannya. Bekukah hati Naim buatnya?
3 parts