ROH

ROH

19.3K Reads 1.1K Votes 9 Part Story
Melyn Anastasia By Melyn_Aristokra Updated Jun 30, 2017

Sambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian.

Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umairah dah mati dalam GILA dan Nazri kehilangan kuasa dalam MATI. Ini kisah budak-budak sixth sense yang akan selesaikan kes paranormal.

Setiap roh akan terpisah dari jasadnya. Tapi, ada roh yang taknak terpisah dari dunia ni. Itulah jenis roh yang selalu kita nampak berlegar-legar di tempat gelap dan sunyi supaya dia dapat bersendirian.

Kes terbaru, roh cikgu berubah dengan roh seorang kanak-kanak. Entahlah siapa punya kerja ni tapi motifnya ialah balas dendam. Lepas tu, kelihatan roh pelajar yang dah mati berjalan di sekitar koridor pada waktu tengah malam. Paling teruk, sekolah seakan-akan dikawal sepenuhnya oleh hantu pada waktu tengah malam. Pengawal sekuriti pun dah banyak kali mengatakan yang diorang dah berkali nampak roh tersebut.

Kelab Deria Keenam telah ditugaskan untuk menghalau hantu dari sekolah kami tapi ia tidak semudah menghalau hantu Mak Tiha di hospital, kami perlu bertempur dengan sekumpulan hantu yang ganas dan menyeramkan.