MR. BAD BOY IS MY FRENEMY

MR. BAD BOY IS MY FRENEMY

1.6K Reads 46 Votes 7 Part Story
monaMas By monaMas Updated Oct 28, 2018

Umaira Aisya Datuk Mokhtar mempunyai kehidupan yang mampu membuat hati lain cemburu. Dia punyai rupa paras yang menawan, harta benda yang melimpah ruah, ibu bapa yang berpangkat dan berkerjaya.

Jadi, gadis itu sepatutnya dapat memiliki segala yang dimahukan tanpa bersusah payah. Namun betulkah begitu?

Sekiranya benar.

Kenapa dia masih terhegeh-hegeh mengejar cinta lelaki bernama Faris Zakwan? Kenapa dia masih tidak dapat menjadikan Tengku Nadim Marwan sebagai sahabat? Kenapa dia memerlukan kehadiran orang lain untuk berkawan dengan Mariam Edora a.k.a Melor?

Sekiranya kehidupannya seperti kisah dongeng.

Kenapa dia masih tidak mampu menghalang penceraian ibu bapanya? Kenapa dia tidak dapat menghalang bapa daripada curang?

Sekiranya hidup ini mudah.

Kenapa dia tidak dapat membuat Faris Zakwan jatuh hati kepadanya? Kenapa dia memerlukan bantuan Mr. Bad boy himself untuk meraih cinta Faris?

Kenapa?