Biru Langit Dia

Biru Langit Dia

716 Reads 52 Votes 6 Part Story
iftirasy By iftirasy_ Updated Oct 13

"You are my missing puzzle which I looked for so many years."
  
  i
  Tengku Edzfareel Tengku Adzlan
  
  MENJADI seorang lelaki yang mencintai seorang gadis baginya cukup bermakna. Apatah lagi si gadis yang dicintai menjanjikan bulan, bintang juga bahagia sehingga ke hari tua. Namun, gadis itu pergi dahulu daripada kehidupannya. Sebahagian hatinya yang pernah dipenuhi rasa cinta itu kini kosong sebelum menemui si dia yang didamba. Benarlah, cinta yang baru memerlukan masa untuk masuk dan mengetuk pintu sukma.
  
  ii
  Eric Aiman Datuk Abdullah
  
  KATA orang cinta pertama yang mengundang debar itu boleh hadir dalam pelbagai cara. Begitulah apa yang terjadi kepada si jejaka. Ingatan si gadis tetap segar namun si jejaka mudah sangat terlupa apa yang menjadi punca dirinya dibenci sebegitu rupa. Bila dia sanggup mengejar, si gadis pula lebih dulu melarikan diri. Masihkah ada ruang untuk dia mengungkap rasa cinta bila diri ditolak mentah-mentah?
  
  iii
  Ivan Hayden Datuk Rill Hayden
  
  DIA berusaha memikat dan mencuba. Dua bulan itu bukan sesuatu yang mudah namun tidaklah sesukar mana. Cinta baginya datang dan pergi begitu sahaja sehinggakan dia tersungkur di akhirnya. Benarlah, tidak semua orang mampu menggapai bahagia andai tidak dilorongkan jodoh yang sebenar-benarnya. Dan, dia percaya janji Allah SWT itu tetap ada untuknya sebagai hamba. Dia hanya perlu sentiasa meminta dalam doa. Semoga ada, tak kira lambat atau cepat masa berputar.
  
  Ini kisah mereka bertiga. Mencari makna bahagia melalui aturan-Nya. Dapatkah mereka melihat biru langit Dia di atas sana dalam cara berbeza?

FaizRukia FaizRukia Sep 19
Nice!!! Ted-Hannah, comel comel comel! Tak tau la mcmaner reaksi Hannah biler tau yg Ted ni, that TED! Hahaha
hitori2_ hitori2_ Sep 20
Kakakkkk! Lama tak komen sini hehe. Dulu rasanya pernah baca Ted-Hannah. Kyaaa excited okey kakak CI update Ted-Hannah kat sini!