ICE HEART

ICE HEART

44.3K Reads 3.6K Votes 21 Part Story
Ichika Hotaru By syahirahrasol Updated Jan 04

Suku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta lenyap dari dunia.

Raja, permaisuri, hulu balang dan segala rakyat khabarnya mati dan hilang di dalam peperangan itu. Yang pasti masih hidup adalah anak Raja Kerajaan Ais. Lutfi dan Lili.

2 Orang anak kecil ini berpisah semasa mereka masih kecil lagi. 

Setelah 16 tahun berpisah mereka berjumpa antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, hanya Lutfi sahaja yg tahu bahawa adiknya sudah berada di depan mata namun bagaimana pula dengan Lili? Adakah dia dapat menerima hakikat bahawa di bukannya anak kepada ibunya yang sudah meninggal? Adakah dia dapat menerima Lutfi sebagai abangnya? Adakah dia dia percaya bahawa dia merupakan anak kepada seorang Raja?

General Kama, merupakan pegawai kanan Raja serta ayah angkat kepada Lutfi, telah membawa Lutfi tinggal bersamanya. 

Dia merancang untuk membina semula zaman kegemilangan kerajaan Ais dengan menyatukan semula dua hati yang telah lama terpisah kerana mereka berdualah satu-satunya kunci kekuatan kerajaan Ais yang selama ini tersimpan dan harus dibuka.
  
  Release date:19/9/2016

  • family
  • fantasy
  • friends
  • happy
  • heart
  • ice
  • infinitywattyaward
  • love
  • malaydrama
  • malayfiction
  • mystery
  • romance
  • sad
  • thriller
jungkookie86 jungkookie86 Dec 11, 2017
Lama dah tak baca buku ni,dulu removed sebab ingat author tk sambung dah.😂