Semanis Cinta Red Velvet

Semanis Cinta Red Velvet

6.6K Reads 145 Votes 16 Part Story
AjaAfandi By AjaAfandi Updated 7 days ago

Tak sangka si pembunuh kucing yang berhati kering rupa-rupanya berjiwa lembut juga. Kalau tak, takkanlah rumput di belakang taman rumah mereka habis punah digali si dia. O... dah buat kubur untuk si 'jenazah' rupa-rupanya ya?
  Terima kasih kepada 'arwah' yang pergi meninggalkan dunia, perjanjian yang terbina di antara mereka telah pun dilanggar secara tidak rela. Kenalnya dia akan sisi 'positif' isteri bagaikan satu behaviour shock yang terlampau mengejutkan. 'Aku...? Dengan manusia gasar tu...? Dah ter-feeling? Come on la, Yoyo! It was just a mere cat.'
  Ini checklist dia terhadap Ofa (pengumuman: tak ada satu pun yang positif). Ofa yang -pemalas, cuai, kasar, perasan, biadap, pengotor, dingin, selalu bangun lambat, selalu tidur lewat, menyakitkan hati, pandai menjawab, kuat makan dan tak lupa juga seorang yang licik. Pendek cerita, semua benda buruk jatuh kat Ofalah. Tak ada satu pun yang boleh dia banggakan. Tapi bila hati dia dah sayang, dia sayang jugalah maknanya. 
  Exploring my heart, Olfayanis... 
  'Saya tahu saya bukan suami yang sempurna, saya tak reti nak romantik-romantik dengan awak. Jauh lagi nak memuji sesuatu yang tak logik -awak masak teruk sangat, sayang (saya rasa awak pun terlebih tahu). But my baby wife, I heart you.'
  ~***~
  OK, kalau Yoyo ada checklist pasal dia, dia pun ada jugaklah! (Tapi dua perkara ajelah).
  1) Yoyo yang gila kerja! 
  2) Yoyo yang ramai perempuan‼ 
  Knowing me more dearly, Amirul tak guna!
  'Saya tahu saya seorang isteri yang cantik. Mana-mana perempuan yang berkenan dengan awak takkan mampu nak menandingi saya yang sempurna ni. Tapi lagi sekali saya tahu awak langgar kontrak kita, tolong anggap kita dah bercerai secara rasmi! But my dear hubby, I heart you too.'

No comments listed yet.