NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
Cik Pastry Encik Sour

Cik Pastry Encik Sour

30K Reads 1.2K Votes 14 Part Story
Your daydream By anis_nark Updated Feb 18

Penghantaran kek 3 tingkat untuk majlis hari lahir anak lelaki Datin Nazirah merupakan permulaan kisah cinta ini.Nik Hasyila tidak menyangka yang penghantaran kek itu mampu merubah hidupnya.Di majlis hari lahir itu,dia diperkenalkan sebagai 'teman wanita' oleh Syed Haqeem.Memang gilalah! Keadaan bertambah teruk apabila Datin Nazirah meminta mereka berdua untuk berkahwin!

Bagi Syed Haqeem,dia sudah tiada masa untuk berfikir.Jika dia tidak memperkenalkan calon isteri kepada mummy dan daddy pada majlis hari lahirnya,dia akan dikahwinkan dengan Sofea,anak Datuk Ahmad yang gedik!Kemunculan gadis penghantar kek itu,membuatkan Syed Haqeem tidak berfikir panjang.Akan tetapi,tindakannya membuatkan dirinya dalam kesusahan.

"Encik ingat encik ni anak dato',so saya akan ikut je semua cakap encik? A BIG NO!"-Nik Hasyila

"Aku tak kisah.Aku nak kita berdua kahwin.Fullstop!"-Syed Haqeem.

Dalam ketidakrelaan,Nik Hasyila perlu menurut permintaan Syed Haqeem apabila Syed Haqeem mengugut untuk menjual kedai bakerinya.

Orang dulu kata,tak kenal maka tak cinta.Sikap gila-gila Nik Hasyila ditambah dengan sikap dingin Syed Haqeem membuatkan hidup mereka dipenuhi dengan bermacam kejadian lucu.

Cik Pastry dan Encik Sour.Apabila dua bahan ini bergabung menjadi satu.Kisah cinta ini kian menjadi semakin rancak.Bahagia ada di mana-mana.

"Twinkle twinkle little star,how I wonder what you are~"-Nik Hasyila

"You are my life and soul"-Syed Haqeem

Cinta mereka berdua yang mekar bak bunga sakura bagaikan hancur apabila muncul orang ketiga.Salah faham berlaku.Tiada lagi pasangan bahagia.

Adakah masalah ini akan berlanjutan? Siapakah orang ketiga itu?

whateves_00 whateves_00 Feb 09
Kalau setakat tu kau rasa kepala bana kau patut tengk Buddy (Carlo's Bakery) punya kek dia buat macam mana😂😂
fzdhlia fzdhlia Nov 15, 2016
awesome! bahase yang digunakan menyebabkan saye selesa membace and most importantly less awkwardness