NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) #Wattys2016

BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) #Wattys2016

10.4K Reads 694 Votes 23 Part Story
anlhpermy By anlhpermy Updated Dec 18, 2016

Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka.

Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El.

El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka.

Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook.

Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang menculik El untuk mengumpan Azrael. Selamatkah El dan ke mana mereka membawanya? Adakah mereka dapat menangkap Azrael? Apa yang mereka nak? 

Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ?

Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. 

Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD

dxluer_ dxluer_ Jan 01
Ada ke cerita sebelum bloody friendship ni?ke ni yg prtama..?or sambungan buku prtama cite ni..?sila terangkn bole tk author..?