CERPEN BIARKAN AKU TERLUKA ✔

CERPEN BIARKAN AKU TERLUKA ✔

51.9K Reads 1.5K Votes 14 Part Story
Winter Love (WL) By winterlove16 Completed

SINOPSIS
AFRA  HUDA.  Seindah  dan  secantik  namanya.  Tapi  sayang,  hidupnya  tidak  sebegitu.  Derita  yang  dia  tanggung  selama  berkahwin  terpaksa  dia  simpan  sendirian  kerana  dirinya  yatim  piatu.  Dan  lelaki  yang  menjadi  suaminya  sekarang  inilah  telah  menjadikan  dia  piatu.  Dia  sangka  lelaki  itu  akan  menjaganya  dengan  penuh  kasih  sayang  tetapi  tidak!  Dia  dijadikan  seperti  hamba  oleh  suami  sendiri.  Dan  dia  sudah  penat  dengan  kehidupan  sebegini!
          Berstatus  ahli  perniagaan  dan  memiliki  emapayar  perniagaan  yang  luas  sehingga  ke  luar  negara.  Orangnya  tegas  dan  skema  ketika  kerja  tetapi  berubah  menjadi  seorang  playboy  dan  lelaki  yang  sweet  apabila  berada  di  luar.  Itulah  dia,  Imdad  Idziyad.  Seorang  CEO  muda  yang  berjaya  dan  disegani  ramai  orang  tetapi  perangai  kalah  hantu.
          Hidup  sebagai  isteri  Imdad  Idziyad  sangatlah  sengsara  kerana  dia  dilayan  tidak  ubah  seperti  pelacur.  Dilayan  baik  ketika  inginkan  'sesuatu'  dan  dilayan  seperti  sampah  apabila  di  sisi  lelaki  itu  ada  wanita  yang  berdahi  licin.  Dan  dilayan  seperti  seorang  isteri  apabila  ahli  keluarga  suaminya  ada  bersama.
          "Hey!  Betina!  Aku  dah  pesan  banyak  kali  dengan  kau  supaya  ambil  pil  pencegah  kehamilan.  Kenapa  kau  susah  sangat  nak  faham,  bodoh?" - Imdad  Idziyad.
          "Kalau  awak  tak  nak  bertanggungjawab  pada  anak  dalam  perut  saya,  saya  terima.  Tetapi  tolong  lepaskan  saya!" -  Afra  Huda.
          Adakah  Imdad  Idziyad  akan  menceraikan  Afra  Huda  setelah  dia  jatuh  cinta  dengan  isteri  sendiri?  Dan  adakah  Afra  Huda  akan  terima  Imdad  Idziyad  balik  setelah  satu  rahsia  terbongkar?  Hati  Afra  Huda  telah  terluka  teruk,  mampukah  Imdad  Idziyad  meraih  kembali  kasih  sayang  isteri  saat  hati  itu  sudah  hancur  berkecai?

-Winter Love-

In the #1 ranking in a short story-12/8/2016

Hahaha. Tu lah xpi xtau siapa yg nak tlg tumbuk. Xkn bini dia pula nk tmbuk dia. Silap hri bulan bini dia kna tmbuk balik🙊😂