Mak Tak Nak Kahwin

Mak Tak Nak Kahwin

23K Reads 394 Votes 16 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Aug 08

Bacaan Awal Sahaja..

Tajuk: Mak! Tak Nak Kahwin
Penulis: Tinta Biru
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-95-1
Harga: RM21 (Semenanjung) // RM23 (Sabah & Sarawak)

Begitu keras Rina menolak untuk dijodohkan dengan Hafiz. Maklumlah dia masih muda lagi. Tak lepas STPM pun lagi. Sudah tu, calon bakal suaminya sudah boleh digelar bujang terlajak. Umur pun dah 35 tahun. Siapa yang mahu?
Apabila mengetahui saja tentang rombongan itu, hati Rina tidak tenang. Sebabnya, dia belum bersedia untuk berumah tangga. Macam-macam dia buat ketika keluarga Hafiz datang ke rumahnya untuk meminangnya dengan alasan agar keluarga Hafiz batalkan niat untuk menjadikannya sebagai menantu mereka. Termasuklah...

"Aku pakai seluar jean biru lama yang dah terkoyak kat lutut tu. Lepas tu, baju T-shirt hitam yang ada gambar tengkorak besar milik Abang Li aku tu. Tudung of courselah aku pakai, kan? Tapi aku sarungkan cap sekali dengan tala ke belakang. Lagi satu kan, aku siap mekap tebal-tebal. Kalah hantu Cina." - Rina

Tak cukup dengan itu, Si Rina ni sanggup menghidang air kopi buatannya yang bukan terlajak manis tapi terlajak masin! Aduhai, tak patut betul Si Rina ni. Buat malu dirinya saja.

No comments listed yet.