Cinta Ajari Aku

Cinta Ajari Aku

13.1K Reads 296 Votes 16 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Aug 08, 2016

Bacaan Awal Sahaja..

Tajuk: Cinta Ajari Aku
Penulis: Hessa Widad
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-18-1
Harga: RM22 (Semenanjung) // RM25 (Sabah & Sarawak)

Pertemuan yang tidak diatur membawa satu titik perubahan dalam hidup Nasrun Parsha. Semuanya gara-gara dek ketajaman kata-kata yang dilontarkan oleh seorang gadis yang tidak dikenali. Tanpa sedar, tercalit memori yang tidak disangka-sangka.
Dugaan demi dugaan yang dihadapi oleh Suhana membuat dia menjadi seorang pemendam. Siapa sangka cinta yang disulam selama lebih lima tahun terlerai dua minggu sebelum tarikh nikah. Cinta yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga tidak dapat dipertahankan. Demi rasa tanggungjawab, dia melepaskan cintanya...

"Inikah rasa cinta, bang? Cinta yang indah namun menyakitkan. Cinta yang dikatakan bahagia rupa-rupanya perlu melalui jalan berliku. Rasa cinta ini buatkan Enna lalai..." - SUHANA
"Sayang..." - ZARIEF
"Abang, Enna nak tahu. Siapa Enna dalam hati abang?" - SUHANA
"Enna... Tunang yang abang cintai. Tunang yang akan bertukar statusnya menjadi isteri dan ibu kepada zuriat abang. Kekasih yang paling abang sayangi dan cintai..." - ZARIEF

Dalam keadaan tidak berdaya dan hatinya hancur terkenangkan maruah keluarganya yang akan tercalar, muncul huluran salam cinta yang bertunjangkan ijab kabul daripada seorang lelaki yang tak pernah dikenalinya. Lelaki yang bersungguh untuk menikahinya semata-mata kerana Allah...

No comments listed yet.