Si Romantik Yang Sudah Mati

Si Romantik Yang Sudah Mati

13.2K Reads 140 Votes 16 Part Story
Ashikinm By Ashikinmm Completed

"Kehilangan diri sendiri lebih memeritkan dari kehilangan orang lain. Have you ever feel that way?"

Perlahan aku bersandar pada bahunya; tempat paling selamat untuk aku berpaut. Perkara paling aku suka tentang dirinya, selain perkara-perkara biasa yang aku cari dalam seseorang yang lain adalah susuk tubuhnya yang menegap seperti pepohon yang merambai dan melindungi aku dari cahaya yang kadang terlampau menyilaukan. 

Tapi mungkin dia seorang saja yang tak mengetahui perkara itu; seperti mana dia tak pernah akan faham sebenar-benarnya perasaan kehilangan diri yang aku rasai kebelakangan ini. Bukan kerana dia tak mahu faham; tapi mungkin kerana dia tak pernah melaluinya. Aku pasti pada dia perkara-perkara seperti itu hanya mainan perasaan; tapi bagaimana aku terangkan permainan itu yang sekarang yang mengepung aku dan menukar sisi di antara aku dan ia sehingga menjadi perangkap licik bersedia dengan gerigi di dasar untuk aku serahkan diri bila-bila masa.

No comments listed yet.