Mr.Shy Dan Miss Kampung

Mr.Shy Dan Miss Kampung

66.6K Reads 3.9K Votes 30 Part Story
Afina Irdina By Afina_irdina Updated Feb 21

Review bab 9(Author fav) :

Aina dan Amira sudah tergeleng-geleng diatas. Ada ke patut dia menonong je turun,langsung tidak ditariknya  Aina turun sama.Amar memandang kearah mereka,pelik.

'Apa lagi salah aku ni' bisik hati Amar. Pantas Aina bergerak menuruni tangga kearah Amar.Tangannya disilangkan ke lengan Amar,lalu dijengketkan sedikit kakinya hendak membisikkan sesuatu ke telinga Amar.

"Mana ada pengantin lelaki tinggalkan pengantin perempuan dia jalan sorang-sorang." Bisik Aina. Wajah Amar terus  membahang malu. Digosok-gosok dahinya perlahan.
    
"Sorry." Ucap Amar perlahan. Amira pula sudah melangkah turun melepasi mereka berdua,ke bawah.

"Mari turun,kesian tetamu menunggu." Ajak Aina. Lingkaran tangannya pada lengan Amar dieratkan.Amar sempat berdehem,menghilangkan malunya kerana Aina sudah terlalu hampir dengannya.

Mereka menuruni tangga beriringan. Tinggal beberapa anak tangga sahaja lagi untuk sampai ke bahagian ruang tamu,entah macam mana Aina tiba-tiba sahaja hampir tersembam ke depan.

Tindakan refleks,matanya dipejam." Malunya jatuh depan orang." Sempat lagi hatinya berbisik. Namun selepas beberapa saat,badannya masih lagi tidak menyembam  lantai.


'Aik! Takkan aku terapung kot.' Gumam Aina. Aina mencelikkan matanya,dan perkara yang dilihatnya adalah wajah Amar. Tajam mata Amar menikam anak mata Aina.

Sebelah tangan Amar  merangkul pinggang Aina,manakala yang sebelah lagi menarik tangan Aina.Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah terdengar sorakan dan siulan nakal dari arah ruang tamu.

Nak tahu kesinambungannnya, ke lah baca😊😊😊😊

  • amazingbooksawards18
  • arkitek
  • cinta
  • cintaafternikah
  • islamik
  • kahwin
  • love
  • melayu
  • muslimah
  • pemalu
  • romance
  • romantik
  • studentlife
  • sweet

No comments listed yet.