SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS

SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS

23.9K Reads 1.1K Votes 17 Part Story
Umie Nadzimah By UmieNadzimah2015 Updated Nov 18

Kata emak , dia ni tak pandai melawa sebab tu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung...baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman la. Lagi satu dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu sarung hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun , fesyen dia itu itulah juga...

Baju kurung kasut kanvas , tiada masalah langsung untuk dia. Dia boleh buat apa sahaja, berkejar-kejar tangkap miaw, jadi pelayan kafe , malah  boleh main bola keranjang dengan adik lelakinya. Jangan salah tafsir pula... Dia juga sangat pandai mengaji tau. Dia lagi boleh ngajar orang baca al-Quran. 

Masalahnya cuma dengan Cik Pah yang suka mendesak . Entah kenapalah emak risau sangat bila anak daranya yang masih muda beliau ni tak laku-laku.  Macam desperate sangat hendak bermenantu. Atau emak teringin sangat nak buat kenduri besar-besar macam emak-emak yang lain .  Kalau begitu , emak buat sajalah kenduri untuk ayah. Kahwin dengan madu emak. Boleh? Tak perlulah susah-susah dia memikir fasal calon menantu emak. 

Namun Tuhan punya kuasa.... Di suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang Pakcik Sado yang tinggi kualitinya.  Maklumlah zaman sekarang sangat susah untuk jumpa mamat-mamat yang boleh dibuat  tempat bergantung harap.  Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. 

Persoalannya ...Hendak ke Pakcik Berkualiti tu pada dia?

achik123 achik123 Apr 08
Baru nak baca.....permulaan menarik ...
                              Kak UN cerita ni mcm kelakar aje....best2
Anis80 Anis80 Sep 18
Oo bkn fesyen je unik 😅.. tembam juga rupanye.. sbb tu mamat tu blah kot.. tp Xpatut betulla Xsmpsi 5min terus blah siap ckp tunggu kejap 😡😤😠 bkn suri yg terhegeh-hegeh nk jumpa dia
JumayJue JumayJue Jun 21
Hahahha.....wahhhh abg sado trn dr langit ke tu??? Ni ke bakal hero suria nnt??? Hihi