BLOK E

BLOK E

57.2K Reads 1.6K Votes 21 Part Story
Nurliyana Hanisah By lyananisah Completed

Prolog 

Cerita ini mengisahkan sebuah asrama yang penuh dengan misteri dan timbul banyak persoalan antara pelajar yang bersekolah di situ .Jika bercakap
tentang sekolah berasrama sudah pasti kisah-kisah seram yang terjadi di situ menjadi fokus utama. Agak pelik juga mengapa kejadian seram sering berlaku di tempat-tempat sebegini, ada yang mengatakan sekolah ini didirikan di kawasan bekas tanah perkuburan lama, ada juga yang mengatakan di sekolah tersebut terdapat pelajar yang bunuh diri, bekas kawasan pemujaan, bekas kawasan perang, dan bermacam-macam cerita lagi yang mungkin menjadi mitos lagenda bagi sekolah tersebut berkurun lamanya. 

Hendak percaya atau tidak itu terpulang pada diri masing-masing dalam menilainya namun, jangan kita berasa selesa dan angkuh kerana sudah tertulis di dalam Al-Quran bahawa alam ghaib dan seluruh makhluknya itu sememangnya wujud.

No comments listed yet.