LOST

LOST

19.1K Reads 591 Votes 35 Part Story
MarchBuddyz By Marchbuddyz Updated Nov 21

Zandra Falisha.Siapa yang tidak kenal dengan nama itu.Gadis berambut perang tulen dan berwajah kacukan itu mampu mencairkan hati lelaki. Ramai yang menganggap dirinya tidak punya perasaan kerana semua lelaki ditolak. Termasuklah sahabat lelakinya Mikhail Yousuf yang ditolak apabila dihulurkan ikatan cinta.

Raisha Emani. Gadis yang berambut hitam lebat itu selalu dipandang sinis kerana ramai yang menganggap dirinya sombong. Dia mula tertarik pada gadis yang bernama Zandra.Bermula dengan pandangan di hadapan kampus, dia mula dekat dengan gadis itu. Lama-kelamaan perasaan lain pun muncul.

Satu tragedi mematahkan hati mengakibatkan dendam yang membuak-buak. Zandra menjadi mangsa apabila dia memilih jalan yang benar bagi dirinya. Mikhail Yousuf seperti biasa datang memberikan bahunya tanpa jemu meskipun tidak tahu jenis bantuan apakah yang harus dihulurkan.

Berjayakah Zandra memperjuangkan seksualitinya? Mampukah Raisha menghadapi satu persatu dugaan yang datang bersama yang dicintai?

No comments listed yet.