Humanity Angel [MALAY]

Humanity Angel [MALAY]

13.6K Reads 779 Votes 13 Part Story
Nurul Afiqah By NurulHaqifa Updated Nov 25

Juvelline Clarance atau nama sebenarnya Bladual Sophine. Dia adalah anak ketiga kepada raja dan permaisuri bidadari. Tetapi sudah lama dia menetap di dunia manusia.

Kenapa dia tinggal di sana?

 Semuanya berlaku atas kecuaian pihak pengurusan kerajaan. Dia jatuh dari dunia magis ke alam manusia. Di sana dia telah dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat.

Juvel membesar seperti manusia. Personalitinya menyerupai manusia, tiada pun personaliti yang menyerupai bidadari iaitu baik dan suci.

Suatu hari, perkara pelik berlaku. Dia bertemu dengan bidadara yang mengatakan Juvel ialah satu daripada mereka!

Oleh sebab kebenaran sudah diketahui dia perlu pulang ke dunia magis. Dia perlu pulang! Kerana bahaya jika seorang puteri bidadari tinggal di bumi tanpa pengawasan.

Banyak cabaran yang perlu dilalui apabila  sudah berada di dunia magis. Juvel berdepan dengan banyak benda baru. Rasksasa mitos atau lagenda ternyata wujud di sana! Kuasa ghaib dan bermacam jenis magis diamalkan setiap orang.

Raja menitahkan kepadanya untuk menyertai pasukan perang memandangkan kemahiran mempertahankan dirinya amat memberangsangkan.

Namun dia bersahabat. Bersahabat dengan seorang lelaki yang tidak disangkanya menaruh minat kepadanya secara diam-diam. Dia bukan seorang bidadari namun seorang...

SYAITAN

PS: Novel ini mempunyai ciri-ciri anime. Jadi sesiapa yang banyak tengok anime tu boleh lah berimaginasi sikit. Lagi-lagi dekat funny part sebab memang diinspirasikan dari anime.

hannimki hannimki Aug 12
Bidadara kann...?? Nape tak tulis angel jek..lagi senang... 😁😁😁