NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku!

319K Reads 20.1K Votes 111 Part Story
✌mînn✌ By nur_minna Updated 16 hours ago

Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017)
Published : 04/01/2016



"Nadhirah!" Panggil Zafriel Adrian.

Tambah laju pergerakan Iman Nadhirah. Dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu. Malu kerana lelaki itu sudah ketahui kata laluan telefonnya. Dan dia masih kecewa tentang hadiah yang tidak dibuka lelaki itu. Nampak sangat celebration birthday Zafriel Adrian lebih penting daripada hadiahnya.

"Nadhirah, tunggulah kejap!" Laju langkah Zafriel Adrian buka mendekati gadis itu. Memandangkan dia atlet sekolah, tindakan mengejar tunangnya itu amat mudah baginya. Lengan Iman Nadhirah yang berlapik baju rumah sukan biru itu diraihnya.

Iman Nadhirah cuba melepaskan diri. "Ish, lepaslah!"

"Can you at least say thank you?" Soal Zafriel Adrian. Dahinya berkerut geram.

Iman Nadhirah mengertap gigi. "Aku tak mintak pertolongan kau."

Zafriel Adrian menghela nafas perlahan. "Susah sangat ke kau nak maafkan aku, Nadhirah?" Lirih suaranya menyoal.

Iman Nadhirah tidak menjawab.
Dia terus menarik lengannya apabila terasa pegangan Zafriel Adrian semakin longgar. Dia kemudiannya berlalu dari situ tanpa sepatah kata.

Zafriel Adrian hanya memandang. Langsung tidak mengejar. "Kau akan sentiasa berada di hatiku, Nadhirah. Tak kira sejauh mana kau pergi, sebanyak mana kau sakitkan hati aku."



★✩✩✩★✩✩✩★

Aku petik dari salah satu bab dalam cerita ni. Nak tahu apa yang telah terjadi atau bakal terjadi? Tekanlah butang read😆

Warning!
Cerita ni amat klise. So, sesiapa yang nak cerita yang tak klise tak payah baca, hokay?

No comments listed yet.