NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
Dia, Limited Edition

Dia, Limited Edition

61.7K Reads 1.1K Votes 12 Part Story
HANA🌹 By i-HANAN Completed

ETHAN menampar pipi Adam keras.  Mukanya masam usah dikata.  Langsung tiada tercalit senyuman mesra seperti kebiasaan.  Adam pula hanya mampu menahan tamparan dari Ethan.  Memang dia yang bersalah disini.  Tiada siapa yang mampu ditudingnya.

"Sampai hati you Adam.  Kenapa you buat I macam ni Adam?  You cakap kita berdua akan bersama untuk selamanya.  You cakap you cintakan I."  Tanpa kata Ethan menghambur tangisan hangatnya dibahu Adam.

Dada Adam ditampar bertalu-talu.  Berkerut-kerut wajah Adam.  Boleh tahan kuat juga mamat tu tampar dada dia.  Tapi dia rela.  Rela dihukum kekasih hati.

"Ni semua bukan atas kerelaan I.  I cintakan you seorang saja.  Mummy dengan daddy I yang pilihkan dia untuk I.  I taknak.  I cuma nak you seorang."  Pipi Ethan yang basah dengan air mata diusap penuh kelembutan.  Kalau mahu memujuk kekasih hati perlulah berlembut dengan mereka.

"Betul?"  tanya Ethan menagih kepastian.

Adam menganggukkan kepalanya.

Melihat anggukan Adam, segera Ethan memeluk tubuh Adam.  Erat bagai tidak mahu dilepas.  Adam terpaksa berjingkit untuk melabuhkan ciuman pada dahi Ethan.  Maklumlah Ethan lebih tinggi darinya.  Sebagai balasan Ethan menghadiahkan kucupan hangat pada pipi Adam.

dewinazrina dewinazrina Dec 17, 2016
aduii ethan lelaki rupanya pkirlh prmpuan.. geli pulak aku dgr
iwannaread_ iwannaread_ May 28, 2016
Tbh dh lama nak bc novel macam ni T_T tak sangka akhirnya dah jumpa
tyrah_01 tyrah_01 Oct 06, 2016
Mak aiiii yo......gay?!!??? Wahhhhh.... muntah ijoo pink purple
Dieyrahonew_98 Dieyrahonew_98 Apr 21, 2016
Hahahah geli gelemang ase bace bab ni.. 😲😲 ... best 👍👍
PonyPony_97 PonyPony_97 Nov 04, 2016
Laa patut la pelik semacam hahah.. dah agak dah gay sbb nama ethan kan nama laki.. asal "sweet" sgt xD
IkaZaki IkaZaki Dec 03, 2016
Asal aq baca aq dok rasakn ethan ni pompuan....lupa lk dia ni laki😂