Dia bagaikan 'Hurricane'

Dia bagaikan 'Hurricane'

299K Reads 12.4K Votes 49 Part Story
Ordinary_girl By ordinary_girl98 Completed

Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku tenang tanpa gangguan macam air yang tak pernah berkocak.Lepastu,dia datang seperti puting beliung musnahkan semua benda dekat hadapan dia.Yang malangnya 'benda' tu adalah aku!Dia rampas benda yang terpenting dalam hidup aku.Dia buatkan aku terlibat dengan benda yang aku sendiri tak terlibat!Suruh aku buat ni suruh aku buat tu! Hissh!
  
  
  
   "Lagipun,kau ni macam magnet kepada masalah."
  
  "Hei,mana ada!"
  
  "Mana ada? Kes pak cik tu,dekat lorong malam tu,masalah budak-"
  
  "Jangan ungkit sekarang boleh tak."Marahku.Benci betullah.
  
  Tengku Daniel hanya tersenyum kemenangan.

                                          *****************************      ******************************
  
Tengku Daniel dan Hanani,dua orang manusia yang dipertemukan pada waktu yang tak pernah dijangka.The worst timing ever! Pada Tengku Daniel,bertemu dengan Hanani hampir mengorbankan nyawanya.Namun pada Hanani,jikalau dia tidak menjumpai jejaka itu mungkin sudah lama harga dirinya diragut dalam kejadian yang mengerikan.Namun,takdir mencoretkan kisah panjang lagi bagi mereka.Tengku Daniel yang obses untuk menyelesaikan masalah pencuri projek terbesar Group Perdana Jaya Enterprise  telah mengheret Hanani masuk ke dalam masalahnya.

Bagi Tengku Daniel,hak ayahnya mesti dituntut kembali dan pencuri misteri itu harus didedahkan atas nama keadilan.Hanani seorang gadis yang ter-lebih normal cuma tersekat dalam kejadian yang malang,tidak menjangka bahawa dirinya akan terlibat dengan Tengku Daniel lebih mendalam.Terlalu mendalam sehingga dirinya ditimpa sesuatu.

Pelbagai persoalan,halangan dan masalah secara tidak langsung mendekatkan kedua hati ini tanpa mereka sedari.

No comments listed yet.