NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
Cinta Hati Sayang

Cinta Hati Sayang

43.6K Reads 993 Votes 15 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Aug 08, 2016

Tajuk: Cinta Hati Sayang
Penulis: Hairynn Salehuddin
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-74-6
Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Disember 2015

KAPSYEN
Dendam dan cinta saling bersaing. Akhirnya hanya satu yang terpilih.

CARL ZARIF... Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti!

LARA ALINA... Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang.
	
Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya.

"Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita." ~ Tan Sri Roslan

Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina.

"Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!" ~ Carl Zarif

No comments listed yet.