Certot: Seram

Certot: Seram

25.5K Reads 668 Votes 9 Part Story
Azman Zainordin By AzmanZainordin Updated Apr 14

Amar menggosok-gosok kedua matanya. Berpinar-pinar. Terasa seperti kealam lain seketika. Dia mencapai telefon bimbit ditepi katilnya. 

"Hm, dah pukul 10 malam. Lama jugak aku tidur."

Ya. Itulah Amar. Suka tidur petang. Sekali lagi dia jeling ke arah skrin telefonnya. Ada mesej. Tapi Amar mengendahkannya. Tidak dibaca. Kedengaran bunyi televisyen diruang tamu. Amar mengambil tuala, lalu melangkah ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang berehat sambil menonton televisyen. 

"Ibu, mana ayah?"

"Ayah kau keluar. Ada mesyuarat kat dewan kampung tentang kenduri lusa nanti."

Sebut saja kenduri, Amar teringat tentang kenduri kahwin anak Pak Ali lusa nanti. Amar melangkah ke bilik air, membersihkan badan setelah puas tidur.

Selepas 5 minit, Amar selesai. Segar sekali badannya. Dia menuju ke biliknya. Ibunya masih lagi menonton televisyen diruang tamu. 

Setelah siap berpakaian, Amar menuju ke dapur untuk mengisi perut. Sesekali dia mengalihkan pandangannya kepada ibunya. Masih leka menonton ...

MarySofea MarySofea Jul 31
Hahahaha! Terlalu byk persamaan yg mungkin kebetulan tntg kolej dlm cerita ni dgn kolej yg I belajar skrg. Hahahaha, awkward laugh. :3
Tak tengok twilight huhu. Emmet nama vokalis butterfingers (sekarang dah berpecah)