Ranjang

Ranjang

119K Reads 518 Votes 10 Part Story
natasya49 By natasya49 Completed

"Ayu, nanti susun barang dalam stor", pinta madam.

Aku cuma mengangguk. Ikutkan hati mahu sahaja aku mengangkat kening tanda iya seperti mana yang aku selalu buat terhadap rakan yang sebaya denganku. Namun memikirkan yang dia ini adalah bos aku, aku segera matikan niatku ini.

Madam. Atau nama sebenarnya Puan Majnon binti Abu. Haha. Dah serupa Laila Majnon namanya.

Adoi. Hari ini pulak semua stok nak sampai.

Dua lima puluh minit. Lagi sepuluh minit waktu kerja aku sudah habis. 

Aku segera berjalan menuju ke stor. Mak ai. Ni stok untuk setahun ke apa ni?

Yeos. 100 plus. Twisties. Ahh biarkan sahaja. Nanti biar budak petang yang buat. Kalau tak, nanti dia mengular sahaja kerja nya.

Handphone aku bergetar. Satu mesej masuk.

Ayu, jom - Zack

Alarm punch card sudah berbunyi. Mana beg aku? Oh tu dia!

"Bye madam. Balik dulu", kataku.

Dan dihujung sana, kereta Zack sudah menanti aku

No comments listed yet.