BLOODY FRIENDSHIP (BOOK 2):  SUMPAHAN KETURUNAN BINTANG SAGITTARIUS (ON HOLD)

BLOODY FRIENDSHIP (BOOK 2): SUMPAHAN KETURUNAN BINTANG SAGITTARIUS (ON HOLD)

20.5K Reads 1.3K Votes 31 Part Story
anlhpermy By anlhpermy Updated Aug 10

Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius.

Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya.

Dia tidak membenarkan mereka melihat tubuhnya lagi selepas perubahan itu kerana risau keadaan akan menjadi teruk apabila mereka mengetahui perubahan tubuhnya. Dia gelisah apabila Kairi seperti mengetahuinya dan sedikit lega bahawa Kairi tidak mengatakan apa-apa. Kuasanya boleh menghalang Dark Hartina dan Aries daripada membaca memorinya tetapi bukan Kairi. Dia harap Kairi dapat menyimpan rahsia tersebut selama-lamanya. 

Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya.

Bagaimana dia hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak?

Baca dan selami masalahnya dalam buku kedua ini XD

juvila juvila Dec 28, 2015
sy tak sangka yang agi ni permpuan . patutlah saya hairan semasa membaca kisah mereka di buku satu . haha . :)
NSyazpermy NSyazpermy Dec 15, 2015
Assalamualaikum.. Awk..jarak kan perkataan "dirasainyadan"..bekas gigitan vaans..