Sungguh, Saya Cintakan Awak

Sungguh, Saya Cintakan Awak

44.9K Reads 1K Votes 15 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Aug 05

Tajuk : Sungguh, Saya Cintakan Awak!
Penulis : Shaista Haziq
Penerbit : Penulisan2u
ISBN : 978-967-0567-95-2
Harga : RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : November 2015
Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni

Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah!

“Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL

“Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? 

Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA

“Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL

Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra. 

“Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN

Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata 
Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang? 

“Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra

“Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal

bila dah baca kat sini terus p kedai buku. 1st p mph out of stock. 2nd p  popular baru ade..fuhh first time baca 2 hari je dah habis. 7++ pages kot. cerita ni memang power!