Cerpen : Dia, Si Pemilik Hati.

Cerpen : Dia, Si Pemilik Hati.

2.9K Reads 47 Votes 4 Part Story
farrahynn By farrahynn Completed

Aku buat pekak!

Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Namaku diseru berkali-kali oleh mama,papa,along,angah dan acik. Saja aku mematikan diri di dalam bilik.

Sempat aku melihat wajahku pada cermin di meja solek. Rambut yang tidak terurus dan mata yang bengkak akibat menangis terlalu lama.

Ini semua gara-gara dia! Kalaulah dia tidak mencanang cerita mereka, pasti semua ini tidak akan berlaku. Aku masih terdengar suara sayu mama di luar.

"Ateh, bukaklah pintu ni. Jangan buat mama dengan papa risau." Tiba-tiba suara along pulak turut ikut campur. "Janganlah berkurung lagi Teh. Semua orang tunggu kau kat bawah tu. Along merayu kat kau Teh, kalau kau taknak keluarga kita malu, tolonglah bukak pintu ni. Kita bincang baik-baik"

"Dah tak ada gunanya nak bincang bagai. Semua orang dah tak percaya dengan ateh lagi. Semua orang dalam rumah ni dah tak sayang ateh," jeritku dari dalam. Air mata yang cuba ditahan, gugur kembali.

"Siapa kata semua orang tak sayang ateh? Semua orang risaukan ateh....

No comments listed yet.