NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
CIKGU SURAYA

CIKGU SURAYA

116K Reads 65 Votes 4 Part Story
DARKSOUL By dvrksoul Updated Oct 12, 2015

Aku teringat akan kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu, ketika aku masih lagi di alam persekolahan. Kisah yang bakal aku ceritakan ini mendatangkan kesan yang mendalam terhadap aku, terhadap kehidupanku.

Semasa berada di tingkatan 5 di salah sebuah sekolah di Malaysia ini, aku terkenal dengan sifat seorang yang pemalu dan takut terhadap perempuan. Ketakutanku itu bukan kerana takut macam orang nampak hantu, cuma tiada kekuatan dalam diri untuk aku berhadapan dan bergaul dengan mereka. Walau bagaimanapun, aku seorang yang happy go lucky, suka bersenda gurau. Sekolah aku tu pulak, sekolah lelaki. Semua pelajarnya lelaki, perempuan yang ada hanyalah cikgu aje. Jadi, tambah-tambahlah 'ketakutan' aku pada kaum hawa itu.

Walaupun aku 'takut' terhadap perempuan, keinginan aku untuk bergaul dengan mereka amat tinggi. Aku sering berangan ada awek, dan cemburu melihatkan rakan-rakanku yang ada awek dan sering keluar bersama awek mereka. Aku juga ada tabiat yang lain, iaitu 'geram' melihat per...

No comments listed yet.