SUAMIKU WORKAHOLIC

SUAMIKU WORKAHOLIC

69.5K Reads 2.9K Votes 19 Part Story
Cik Sakura Liyana By CikSakuraLiyana Completed

WARNING!
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. 

****

Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah.

"Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah

Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri!

"Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan.
"Tak boleh ke?" - Dayah
"Kopi tongkat Ali?" - Syazwan
"Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah

Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?

ms820806 ms820806 Aug 03
Wahhh akhirnya dpt gk bca citer ni..terbaikk dah lma sya nntikn..sbnrnya dah bca pn kt novel tp,best sgt smpai nk bca byk kli😊😊😊
Yeollie_Girl Yeollie_Girl Nov 13, 2015
Hahahahaha..jadi ingeris terus..sally..sally upin ipin ke..😂😂
Yeollie_Girl Yeollie_Girl Nov 13, 2015
Hui..ingatkan pengantin perempuan je yg boleh lari rumah..lelaki pon boleh 😂😂😂😂😂
kkkkhlshah kkkkhlshah Oct 26, 2015
sedap2 nama Salimah, jdi Sally lak. Baik panggil Silly je. Dehek XD