Mr Barista

Mr Barista

41.1K Reads 1.6K Votes 18 Part Story
Adinda Arina By AdindaArina Completed

"De - anna?" teragak agak aku menyebut nama pelanggan yang memesan Caramel Macchiato itu tadi. Tentera namanya di atas gelas dengan ejaan Dianne tetapi tak pasti pulak nak sebut macam mana.

Di depan mata ku, sepasang kekasih sedang berbincang dengan penuh ketegangan. Mata perempuan itu tajam merenung lelaki itu. Kedua-duanya langsung tidak berganjak posisi kepala mereka dari kedudukan asal.

Aku yakin pemilik nama Dianne adalah perempuan itu kerana hanya mereka berdua sahaja di dalam kafe ini sekarang.

"Diana, your Caramel Macchiato is ready," seru ku sekali lagi kali ini dengan lancar menyebut nama.

"It's Dee-anne and can u please give us a moment," lelaki itu tiba-tiba berpusing melihat aku. Aku terkedu dengan nadanya yang agak tinggi. 

Whatever, customer is always right. Aku mengangkat bahu dan kembali meneruskan kerjaku di belakang kaunter. Gelas yang berisi minuman itu kubiarkan di atas meja.

"Ni lah yang I tak suka pasal u Kyle. Your temper. Yang u nak marah abang tu kenapa?...

No comments listed yet.