Berzina Hingga Ke Akhir Hayat

Berzina Hingga Ke Akhir Hayat

71.1K Reads 206 Votes 1 Part Story
siggplus By siggplus Updated Sep 12, 2015

"Macha apa mau worda?"

"Teh o ais satu"

"Tewwowais satu. Makan?"

"'Makan takmau"

Selepas mencatit pesanan di atas kertas, mamak tadi pun berlalu pergi dari meja. Syauqi senyum nipis, sentiasa terhibur dengan dialek seorang mamak cuba cakap bahasa Melayu. 

Syauqi mengeluarkan handphone dan genggam kemas. Dia ambil pengajaran dari hal kelmarin. Silap dia juga mengeluarkan handphone dengan tergesa-gesa sampai jatuh menyembah bumi. Skrin handphonenya sekarang retak seribu tapi masih berfungsi. Syauqi langsung tak ada niat untuk repair handphone.

"Masih elok lagi, boleh scroll, boleh like status makwe Facebook, boleh double tap buah dada gadis Instagram, cukup lah", ujarnya di dalam hati. 

Dia ada misi. 

Misi yang dah lama dia pendam sejak putus cinta monyet zaman persekolahan dengan Lisa dahulu. Bukannya Syauqi tak move on tapi dia masih tak boleh lupakan apa yang Lisa telah lakukan padanya.

Lisa tidaklah cantik seperti model ataupun artis. Tapi satu perkara yang Syauqi suka pada ...