NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!
Thank You, My Love (END)

Thank You, My Love (END)

31K Reads 810 Votes 9 Part Story
SILENCER By SILENCER_KB Completed

Menjadi match maker untuk pasangan di luar sana memang itu kepakaran aku. Tapi, bila ia melibatkan untuk suami sendiri itu memang melampau!

"Sibuk carikan orang pasangan hidup, untuk aku kau tak nak cari ke?" ~Naufal Aariz~

Sumpah, memang aku ganyang mamat ni hidup-hidup. Aku yang belum berkapan lagi dah nak cari pengganti untuk aku. Eee! Memanglah betul kami kahwin paksa tapi dia kena ingat cinta juga boleh terjadi melalui itu. Dan sekarang, adakah aku yang kena gigit jari sendiri bila tengok suami aku duk mengayat perempuan lain?
Haih.. Tak boleh jadi.

"Hai..Saya Naufal. Tapi, untuk orang special macam awak jangan panggil saya Naufal, panggil aje, abang." Yuck! Memang menggelikan.

Tapi, dah hari ke hari mamat tu duk sibuk tanyakan aku tentang soulmate dia aku pun beralah. Carilah satu. Tak luak pun sebab aku tahu apa cara nak ikat laki aku.

Rancangan ku atur segera. Nak cari bini sangat, kan? Aku bagi.

"Eh! Kenapa kau kasi aku yang saiz buntal-buntal semua?" ~Naufal~

"Okeylah! Boleh peluk malam-malam." ~Natasya Sofea~

Bagi Naufal pula, isterinya ini betul-betullah membuatnya makan hati. Kecik besar-kecik besar aje dia pandang bini dia.

"Sekarang ni, kau ke aku yang tengah cari patner ni?"

"Dah nama pun kita ni sehati sejiwa. Mestilah sama-sama cari. Naik pelamin sama-sama. Beranak pun sama-sama."

"Jangan nak mengada. Nak beranak sangat, kan? Meh aku bagi satu."

"Berani ke?"

"Kau tu! Berani ke? Aku tak luak apa-apa."

"Boleh! Satu bulan sekali saya bagi. Nak?"

"Woishh.. Maju benar kilang ni. Effisien sangat ya kerjanya."

"Aah. Bagi anak patung sebijik!"

"Yang lain tak de?"

"Ada! Penumbuk sekali pakej dengan sepak terajang khas buat suami tercinta."

"Hurmm.. Yang ayat depan tu tak berapa suka, tapi yang belakang tu..alahai.. Jom! Cakap cinta sangat, jom ke bilik? Mana tahu Allah makbul dari sembilan bulan jadi satu bulan aje?"
Eee!! Cakap tak suka buat cara tak suka! Benci.

IjaJoe IjaJoe Sep 05, 2015
Naufal Aariz...siapa kah itu..nie yg x sabar nk bc next episod..hihii