SUAMIKU VAMPIRE

SUAMIKU VAMPIRE

34.6K Reads 1.2K Votes 25 Part Story
RIA NATSUMI By rianatsumi Updated Nov 10

Kesinambungan daripada CERPEN suamiku vampire...meh baca...

"Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik.  Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa." 

Itulah yang selalu diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lydia yang baru berpindah ke kawasan itu.  Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah.  Sikitpun tak ada kaitan dengan dirinya. 

Pertemuan pertama dengan Lydia telah melahirkan rasa cinta di hati Danish.  Danish berusaha mendekati Lydia.  Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu.  Saat itu, dia mula memasang agenda.  Agenda yang pasti akan membuatkan Lydia hadir di hadapannya. 

Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak terduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini.  Lydia yang telah bertakhta dihati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya.  Namun, Lydia tetap di ingatan Danish.  Lydia haknya. 

Takdir Allah, siapa yang dapat melawan.  Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan bersama.  Danish dan Lydia ditakdirkan bersama.  Walaupun Lydia bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya.  Lydia juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish.  Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang mereka kecapi tidak berpanjangan.  Ada satu rahsia yang telah terbongkar.  Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lydia untuk Danish.

Kejadian apakah yang dialami Lydia dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lydia haknya? Rahsia apa yang telah membongkar dan menyebabkan Lydia membenci Danish?  Dapatkah mereka mempertahankan rumahtangga yang baru dibina?  Dan, betul ke apa yang dikatakan orang selama ini, Danish itu manusia atau vampire?

i love this novel..hehehh..tak sangka pulak ada orang buat citer ni. Danish Aniq!
TienaCyute TienaCyute Mar 05
Aku suka cerita tentang vampire 
                              Salam kenal 
                              rianatsumi .aku dari indonesia
_fina99 _fina99 Feb 19
Bila.ada cerita pasal vampire mesti teringat gbaq Twilight. 😘
mastura_2 mastura_2 Sep 03, 2015
sedih part 2 ni..btl2 menghayati watak lidya...sis suka..update lg...