Sayangku Mia

Sayangku Mia

49.2K Reads 911 Votes 15 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Aug 05

Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata.

“Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar
 
Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini  kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan.
“Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar

“Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya

No comments listed yet.