AKU GADIS LIAR

AKU GADIS LIAR

10.2K Reads 225 Votes 16 Part Story
Shafeeca Izyan By ShafeecaIzyan Updated Aug 07

Zaman jahiliyahku cukup jahil. Aku sosial dan tak perlu kuceritakan tingkah sosialku. Boyfriend lain, skandal lain, yang berjinak-jinak untuk menjadikan aku Sugarbabe pun ramai. Aku tolak tepi. Takut tak mampu melayan walau hidup mewah berhartakan dosa.

Satu hari, ditakdirkan aku dan Wafi (boyfriend aku) terlibat dalam kemalangan yang teruk. Wafi patah tangan dan aku cedera parah dikepala. Aku tak ingat apa yang berlaku. Sedar-sedar aku di hospital. Keadaanku nampak baik, normal...

Aku celik mata. Aku pandang sekeliling. Ya, aku sedar aku berada dalam wad hospital. Privasi. Mataku redup tapi ligat pandang sekeliling sambil cuba ingat apa yang jadi. Gagal. Aku tak ingat apa-apa. Aku cuba bangun, duduk atas katil, selak langsir. Bagaikan mata ini baru menerima cahaya, mataku terpejam dek cahaya matahari. Tutup semula langsir dan aku dikejutkan dengan suara seorang perempuan yang masuk ke bilik aku...

"Alhamdulillah... Sarah dah sedar!"
katanya sambil meletakka

No comments listed yet.