Burger Ayam Double Special

Burger Ayam Double Special

14.1K Reads 381 Votes 2 Part Story
Adib Zaini By AdibZaini Updated Sep 10, 2015

Sudah jatuh, ditimpa tangga

Kalau orang mahu aku rumuskan kisah ini, itulah yang akan aku katakan. Namun kisah aku tidak berakhir setakat ditimpa tangga. Untuk perumpamaan ini lebih tepat, selepas aku ditimpa tangga, siling pula runtuh, aku dipanah petir, kemudian 2 biji bom atom jatuh tepat di atas kepalaku.

Jika kau percaya pada karma, kau mungkin akan katakan ini semua adalah balasan karma. Mungkin sebab aku selalu curi parking orang lain. Mungkin sebab aku selalu pau rokok kawan.

Namun ini bukan setakat karma. Untuk mendapat nasib semalang ini, empat ekor kucing hitam kena lintas depan kau, kau lupa forward 13 email berantai, kau pecahkan semua cermin muka di dalam rumah, dan kau lukakan hati Lady Luck.

Kisah ini bermula gara-gara sebungkus burger. 

Okay, dua bungkus burger.

  • bahasamalaysia
  • bahasamelayu
  • humor
  • malaysia
  • misadventure
  • weird