Bius Cinta Dari Ardul Kinanah

Bius Cinta Dari Ardul Kinanah

26.9K Reads 677 Votes 15 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Aug 05, 2016

Tajuk: Bius Cinta Dari Ardul Kinanah
Penulis: Azraq
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-81-5
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)
Diskaun : RM3
Postage : Percuma
Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni


"Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris Naim

Fitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi.
“Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani

“Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim

“Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya.

“Ya zauji... Ya zauji... Ya zauji...”

Sejak itu, hidup Haris Naim tidak tenang sehinggalah dia pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semester. Prinsipnya yang dipegang selama ini mula goyah apabila perempuan yang sering mengganggu tidurnya selama ini muncul di depan mata.

CikEima CikEima May 10, 2016
Alhamdulilah buku ni saya lama dah ada and dah baca banyak Kali.banyak ilmu yg terselit kebaikan.very positive atititud.tauladan n ilmu islamiah bukan tuk happy2 her buku ni..
nur_raihan nur_raihan Nov 23, 2016
bagusnya author cerita ni ,, alang alang boleh belajaq bahasa kedah sekali
azirarazemi15 azirarazemi15 Oct 19, 2015
So funny!!!!hahhah..terbaik lahhhhh..kalu bom meletup kat sebelah pun aq x heran..tetap baca cite ni