Friendzone?

Friendzone?

59K Reads 3K Votes 24 Part Story
Writer By Kaeunnisa15 Completed

Hari pertama berada di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang menjadi permintaan Nurul Hafizah. Dia akan bersekolah di sekolah menengah yang baru dan dia masih belum selesa dengan persekitaran di Kuala Lumpur. Semasa menjejak sekolah barunya itu, ada yang tidak memakai tudung dan ada yang hanya memakai pinafore. Tetapi semua itu tidak akan menjadi penghalang atau pengaruh bagi Hafizah. 

"Baik kelas. Hari ini kita ada pelajar baru. Kenalkan diri kamu."
"Assalamualaikum. Nama saya Nurul Hafizah. Boleh panggil saya Hafizah."
"Baiklah Hafizah kamu boleh duduk sebelah Izzat Danial."
Suasana kelas menjadi bising apabila Hafizah ditempatkan di sebelah Izzat Danial.
"Mana boleh cikgu!"
"Kenapa tak boleh? Dia boyfriend kamu?"
"Mana ada cikgu. Dia--" Nadzirah Farhah terus diam.
"Duduk! Saya yang berhak tempatkan kamu semua. Faham?"
"Cikgu." Hafizah bersuara.
"Ya saya."
"Izzat Danial yang mana satu ah?"
"Yang pakai baju pengawas tu."
Izzat hanya menundukkan kepalanya sepanjang sesi perkenalan. Kebet...

No comments listed yet.