C | Senja Terakhir Kita

C | Senja Terakhir Kita

  • WpView
    Reads 40,260
  • WpVote
    Votes 1,481
  • WpPart
    Parts 38
WpMetadataReadComplete Mon, Sep 22, 20253h 48m
Fiction
Romance
Slice of Life
Slow Burn
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
All Rights Reserved
#368
novelmelayu
WpChevronRight

Join the largest storytelling community

Get personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Boyfriend Contract to Husband
  • KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
  • ( EBOOK ) The Heartbreaker Muammar Raid
  • Aku Yang Salah [EDITING]
  • SENJA DI HALTE NOMOR TUJUH
  • PANGGILAN TERAKHIR
  • 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐈𝐓𝐔 𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔! || 𝐂
  • malam tanpa bintang

"Be my boyfriend. For 6 months." Hessa ulang lagi. Mata ralit memerhati roman tampan si jejaka. Tampan sungguh! Kulit putih bersih. Hidung mancung. Nasib tak setinggi KLCC. Mata bulat, bulu mata lentik. Kalah mascara perempuan! Bibir bak delima, okay! Merah-merah strawberry gitchu.. Tak payah cakap bab tinggi. Rasanya, 190 cm. Sebab Hessa cuma takat dada dia saja. Berjambang rapi, ala-ala Burak Ozcivit! Lelaki yang tepat untuk jadi kekasih contract dia! Niatnya cuma satu! Nak show off dekat makcik-makcik bawang serta kawan-kawan yang selalu ejek dia tak laku. Yang selalu bising suruh dia cari pasangan. Dan lelaki asing ni, sangatlah sesuai untuk menyandang gelaran itu. "Yes, or no?" "No. Let's just be a friends. A bestfriend." Hessa kemam bibir. Terang-terangan dia kena reject. Nampak sangat, stok-stok muka dia bukan taste lelaki kacak itu. Hessa kemam bibir. Terang-terangan dia kena reject. Nampak sangat, stok-stok muka dia bukan taste lelaki kacak itu. "No, thanks. You only have one choice. Be my boyfriend contract for 6 months. Take it or leave it." Hessa bertegas. Kali ni, biar dia yang aturkan jalan hidup dia. Biar dia yang corakan apa yang dia mahu. Selama ini, dia biarkan lelaki yang memilih sehingga pada akhirnya dia bukan pilihan. Hanya luka yang menjadi teman. Kali ni, biar dia pilih luka yang dia inginkan. "We still don't know each other. So, how we can be a couple?" "Take it or leave it." Hessa berkeras. "Let's be a friend, first." Dia lagi berkeras. "Then, today is our last day. I don't go out with friends. Male friends." Dia beranikan diri cakap macam tu. Walaupun hakikatnya, dia nak sangat lelaki tu setuju menjayakan plan dia.

More details
WpActionLinkContent Guidelines