Story cover for Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0
  • WpView
    Reads 191,126
  • WpVote
    Votes 5,880
  • WpPart
    Parts 38
  • WpView
    Reads 191,126
  • WpVote
    Votes 5,880
  • WpPart
    Parts 38
Ongoing, First published Apr 26, 2025
11 new parts
○Bacaan ringan dan santai○

                                           Zael Indera x Izel Aralyn

Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita.

Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya.

Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya.

Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. 

 Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan.

Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang.  Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini?

Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi?

Start: 18 Februari 2025
End:-23 Disember 2025
All Rights Reserved
Sign up to add Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 to your library and receive updates
or
#6malay
Content Guidelines
You may also like
KIDULT [OG] by nainnurs
24 parts Ongoing
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝒗𝒐𝒍. 𝟏 IRDINA AISHA, anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuanya. Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberi rasa bahagia dalam hidup mereka sekeluarga. Impiannya hanya satu iaitu membanggakan kedua ibu bapanya dengan memberi kejayaan kepada mereka. Namun, takdir berkata lain. Kedua ibu bapanya pergi dalam sekelip mata, meninggalkan amanah yang amat berat untuk dia pikul. Dina hilang arah tujuan sehingga dia nekad untuk berhenti belajar demi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. "Akak akan pastikan kita tidak berpisah. Walau apapun yang berlaku, kau orang semua akan membesar bersama depan mata akak." Itulah janji yang diucapkan. Walaupun dia tahu ianya tidak mudah, tapi dikuatkan jua mental dan fizikal supaya terlihat kuat di hadapan adik-adiknya yang lain. Mimpinya yang satu itu turut sama terkubur bersama kedua orang tuanya. "Aku penat... Penat sangat..." Disaat Dina jatuh tersungkur dengan ujian yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Dia hadir sebagai penyembuh luka dan sumber kekuatan bagi Dina untuk terus bangkit. "Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku. Aku akan cuba bantu." Dia yang dulu dianggap sebagai musuh kini muncul sebagai sahabat. Dalam diam, cinta mula berputik sehingga mereka nekad untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang suci. "Aku akan jadikan kau ratu dalam istana yang akan kita bina. Itu janji aku." Namun takdir sekali lagi seperti tidak ingin dia bahagia tatkala satu rahsia besar terbongkar. Hatinya hancur berkecai bak kaca apabila mendapat tahu satu hakikat yang agak pedih untuk ditelan. "Dina dengan dia tak boleh berkahwin!" Dirinya buntu. Luka yang mula sembuh kembali berdarah. Saat itu, dia hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Mengharap ada sinar selepas gelita. "Izinkan aku bahagia walau hanya sebentar." MULA: 7-02-2025 TAMAT:-
JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED] by roseerly
45 parts Complete
⚠️ Cerita ini ditulis semasa author baru melangkah ke alam sekolah menengah. Jangan berharap akan kesempurnaan. ⚠️ Jalan cerita mungkin memeningkan dan tidak masuk akal. NAURAH LUTHFYA, seorang wanita yang selalu ditimpa musibah. Kehilangan orang tersayang ialah perkara pertama yang menyakiti hatinya. Dipukul dan dihina ialah perkara kedua. Manakala, dikhianati oleh orang yang dia paling percayai ialah perkara ketiga. Siapa sangka? Disebalik senyuman manis yang bertakhta di bibir itu, terselit luka yang tidak akan pernah hilang dari hatinya. TENGKU ZAFREL ARASH pula ialah lelaki dingin pertama yang pernah dia jumpai. Sikap lelaki itu yang dingin bagaikan Gunung Everest amat menyakitkan hatinya. Ditanya sepatah, dijawab pula sepatah. Namun, tiada siapa menyangka bahawa jodohnya bersama dengan lelaki dingin itu. Perkahwinan paksa itu telah mengubah segala-galanya. "Mungkin ini pertemuan terakhir kita" -Haqq Luqman. Niatnya untuk berumah tangga bersama dengan orang yang dia cintai telah hancur begitu sahaja. Pada mulanya, dia menyangka bahawa sikap Zafrel akan berubah selepas berkahwin dengannya. Namun, tidak. "Nama kau tak pernah terukir di dalam hati aku" -Tengku Zafrel Arash. Akibat satu tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang, sikap lelaki dingin itu berubah 360 darjah. Bunga yang layu semakin mekar. Namun, kemunculan orang ketiga telah memusnahkan segala-galanya. "I will get you... You're mine" -misteri. Adakah mereka dapat mengekalkan rumah tangga mereka yang hampir musnah itu? Adakah bunga yang mekar akan layu kembali? "Kini aku sedar bahawa kaulah cinta pertama dan cinta terakhirku"
[C]HIS LITTLE ESTRELLA  by elleyines
43 parts Complete Mature
Tengku arzhel Dyler :seorang yang sangat dingin hanya mempunyai syarikat yang diberikan oleh ibubapanya.Dia seorang lelaki yang disukai banyak gadis akibat kaya raya. Nieya Felysa:seorang gadis yang mempunyai trauma semasa universitinya.Dia juga hanya minat dengan bermain piano.Dia juga tak berapa mudah jatuh cinta akibat satu kejadian. kisah mereka tidak berapa berterusan akibat disia-siakan oleh seorang lelaki yang curang didepan matanya kejadian tuh membuatkan ia tidak mempercayai 'cinta' dengan hatinya terasa sakit akibat disakiti berkali-kali Hingga ia bertemu dengan seorang lelaki yang dingin tapi bertemanan mereka tidak berjalan lancar apabila lelaki tuh mula menghilangkan diri. "nieya..?"ujur arzhel apabila nampak gadis tuh sedang bermain piano tuh terhenti apabila mendengar suara garau yang sangat dia rindui. terkaku Lidahnya sedang menahan untuk tidak menegur lelaki tuh sekian lama lelaki tub menghilangkan diri. ______________ "mana awak pergi selama nih?mana awak pergi arzhel!"kata nieya dia berdoa agar bertemu dengan lelaki nih tak sangka doanya akan terkabul. "i'm sorry estrella..i know i wrong to leave without you know.."kata-kata maaf arzhel tak mampu membuatkan hatinya luluh lagi selepas kejadian di universiti tu. lelaki itu datang dengan secara tiba-tiba dan membuatkan nieya termimpi keadaan di universitinya apabila melihat seorang lelaki bertopeng menderanya. "marry with me estrella.i will make you trauma gone"ujur arzhel sambil memandang tepat kearah mata nieya. "awak fikir dengan cara berkahwin boleh hilang semuanya ke?"gumam nieya memberi tahu kepada arzhel dia tak yakin lelaki tuh akan menghilangkan traumanya. mampukah nieya menerima arzhel sebagai suaminya?.Adakah mereka sentiasa bahagia?. (Published after HLW!) Sad ending or happy ending? His lovely wife (1) His little Estrella (2) selepas nih kisah apa pula?
𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘! by Izayhss
65 parts Complete Mature
Perbezaan umur bukanlah satu halangan. Walaupun umur mereka tidak sepadan dan jauh beza, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar memori indah bersama. Hidupnya yang dipenuhi dengan dosa akan segera beransur dengan kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, perkara itu menjadi satu halangan apabila Tengku Rayqal Raiz turut merupakan salah seorang mafia. "How much?", "Huh? Harga apa?", "Hantaran you ", Siapa sangka gadis yang paling benci akan lelaki ini telah berjaya ditambat oleh seorang lelaki yang berlanjutan usianya. Namun, tetap sahaja sikap dingin itu masih tersemat di dalam dirinya. "Apa masalah Tengku ni, hah? Memang lahir-lahir terus jadi ulat bulu eh?" - Eyrah Elyana. Hubungan mereka semakin lama semakin rapat sejak Tengku Rayqal Raiz membawanya ke majlis makan malam. "You should marry daddy, I swear " - Tengku Raysha Radia. "Raysha nak you jadi mummy dia"- Tengku Rayqal Raiz "Tengku dah gila ke apa? Saya tak sesuai jadi ibu kepada anak Tengku. Diri saya pun tak terurus apatah lagi bila saya dah jadi isteri Tengku nanti"- Eyrah Elyana Hari demi hari, perasaan itu semakin berubah ke arah sayang. "Tengku nak kahwin dengan saya?"- Eyrah Elyana Bolehkah mereka membina mahligai yang tenang dan aman seperti pasangan lain? "I can be the best and the worst"- Eyrah Elyana. "If you want to feel my bullet, please make a mistake" - Aleeya Qalyssa. "The day of your death is the day of my happiness" - Zayn Zayris. "Don't you dare disturb us. My friends are too dangerous" - Diana Dayana. ⛔ Bahasa kasar - carut ⛔ Aksi ganas ❗Abaikan Typo ❗Abaikan tatabahasa dan grammar
You may also like
Slide 1 of 8
KIDULT [OG] cover
Nufa's Guardian Angel (C) cover
JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED] cover
DUA HATI, SATU PERJODOHAN cover
[C]HIS LITTLE ESTRELLA  cover
𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘! cover
Sayang Kata Terindah cover
Till The Last Breath cover

KIDULT [OG]