TAFRIQ: Perpisahan
  • Reads 4,921
  • Votes 726
  • Parts 3
  • Reads 4,921
  • Votes 726
  • Parts 3
Ongoing, First published Apr 16
Surah Al-Baqarah, Ayat 102: 
 "...فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ..."

"...Lalu mereka mempelajari dari kedua-duanya (Harut dan Marut) perkara yang boleh memisahkan antara seorang suami dengan isterinya..."

Selepas keguguran tragis yang meragut nyawa anak dalam kandungan, Zahra pulang ke rumah dalam keadaan rapuh, emosi tidak stabil, jiwa kosong, dan dihantui bayangan yang tidak pernah reda. Hadi, suami yang kononnya memahami, makin tenggelam dalam kesibukan kerja hingga mengabaikan luka batin isterinya. Di saat Zahra amat perlukan sokongan, dia hanya ditemani sunyi dan ibu kandung yang cuba menjaga hatinya.

Namun, malam demi malam, rumah itu semakin tidak tenteram. Suara tangisan bayi yang datang dari bawah katil, bayangan yang muncul sekelip mata, dan mimpi-mimpi aneh yang kian kerap menyesakkan dada. Zahra mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kegugurannya... seolah-olah bukan sekadar takdir.

"Abang, kita pergi jumpa ustaz nak? Zahra rasa gugur kali ni macam..."-Zahra

"cukup, Zahra. Belajar terima hakikat boleh tak?!"-Hadi

Usahanya mencari kebenaran membawa dia kepada Furqan Raiq, anak kepada bekas perawat Islam yang kini uzur. Pada mulanya Furqan menolak, namun apabila gangguan makin menggila, dia terpaksa turun campur. Sebaik sahaja bacaan ayat suci dilafazkan, satu rahsia gelap mula terbongkar.

"Aku rasa... ada yang tak kena dengan perkahwinan kau." -Furqan.

Kebenaran makin menghampiri, dan ia jauh lebih kejam dari apa yang Amira sangka.

"SESUNGGAHNYA AKU TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MEMAKAN SEMUA DARAH DAGING HASIL ZAHRA QAWLI, ANAKNYA ADALAH MAKANAN AKU!!!"- JIN

"DENGAN IZIN ALLAH, BERITAHU AKU SIAPA KAU?!"-FURQAN

"UMMU SIBYANNN!!" -JIN

Siapakah dalang yang menghancurkan kehidupan Zahra selama ini?

"Hidup saya memang malang, kan? Apa je benda baik yang hadir dalam hidup saya?"- Zahra

"Aku. InsyaAllah, aku yang terbaik, Zahra."-Furq
All Rights Reserved
Sign up to add TAFRIQ: Perpisahan to your library and receive updates
or
#113ustaz
Content Guidelines
You may also like
SAIF AL-ASWAD [C] by __syhadh
57 parts Complete
﷽ - SYUHADAH 11th BOOK Di tanah Al-Aswad, di mana angin padang pasir berbisik tentang sejarah dan lautan berkilau dengan kekayaan alam, pernah berdiri seorang pahlawan agung - Muhammad Saif Furqan. Seorang panglima yang bukan sekadar mahir menghunus pedang, tetapi juga tajam akalnya dalam merancang strategi. Dalam medan perang, dia menari bersama bayang-bayang musuh, pedangnya membelah keangkuhan orang tamak yang ingin merobek kekayaan tanah airnya. Namun, sebagaimana mentari tetap tenggelam di ufuk senja, begitu juga nasibnya. Satu kesalahan, atau mungkin satu pengkhianatan, telah meragut segala-galanya. Daripada seorang wira, namanya kini menjadi cela dalam sejarah bangsanya. Hukuman dijatuhkan tanpa bicara yang adil. Dia dicampak jauh dari tanah yang pernah dipertahankannya dahulu. "Benar, kebenaran itu pahit. Mudah sangat ditutup dengan manis-manis kepalsuan." Dengan kehormatan yang tercalar, dia merantau ke Bait al-Hilal. Kini, dia hanyalah seorang nelayan yang berperang dengan lautan, seorang peniaga ikan di Bazar Jelata, hidup tanpa darjat, tanpa bayang-bayang masa lalu. Tangannya yang dahulu menggenggam pedang kini hanya mengikat jala, fikirannya yang dahulu menyusun strategi perang kini sekadar menimbang harga tangkapan hariannya. Namun, takdir masih belum selesai mengukir kisahnya. Dalam keasingan, dia bertemu seorang wanita yang mengetuk pintu hatinya yang sudah tertutup. Rasa cintanya mulai mekar bak mawar di taman. "Saya sanggup terima segalanya tentang awak." "Masa silam saya tak seindah yang awak sangka, sayang." Tetapi sejarah tidak pernah benar-benar terpadam. Api dalam jiwanya hanya menanti angin untuk kembali membakar. Dan akhirnya, angin itu datang dari istana yang pernah menghukumnya. "Tiada lagi yang layak selain anakanda." Namun, yang hebat takkan selamanya di atas. Dan musuh, takkan selamanya kalah. "Kau akan mati di tangan aku, Saif!" "Nyawa itu milik Tuhan." Terimalah, SAIF AL-ASWAD. Start: 13 MAC 2025 End: 27 APRIL 2025
You may also like
Slide 1 of 10
SAIF AL-ASWAD [C] cover
Towards Raif Idris [OG] cover
𝐇𝐢𝐬 𝐂𝐥𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐬 cover
Hikayat Renjana Niskala || C cover
ISTERI TUAN GHIBRAN  cover
ShortStory : Pasha Safwa cover
[C] A Bully In Love [K.T.H]  cover
Leo's Addiction  | Completed  cover
O G || Danel Lukman cover
KESAYANGANKU SARRA  cover

SAIF AL-ASWAD [C]