RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA
54 parts Ongoing RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA
Sinopsis
Hannah Amanda, seorang doktor pakar kanak-kanak yang berdedikasi, dibesarkan hanya oleh ibunya tanpa pernah mengenali siapa ayah kandungnya. Walaupun hidupnya penuh kasih sayang, ada ruang kosong dalam dirinya yang tidak pernah terisi. Namun, dia tetap menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan.
Ethan Daniel, seorang Ketua Pengarah di RevTech Company, hidup dalam dunianya sendiri-bebas, berkarisma, dan penuh keyakinan. Kecintaan terhadap motosikal berkuasa tinggi menggambarkan jiwa liarnya, namun di sebalik segalanya, dia menyimpan rahsia yang tidak pernah dikongsikan kepada sesiapa.
Pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja, mencetuskan perdebatan kecil yang akhirnya membawa kepada perkenalan yang lebih mendalam. Dari perasaan biasa, hubungan mereka berubah menjadi sesuatu yang sukar untuk diabaikan.
Namun, di saat Hannah mula menerima kehadiran Ethan dalam hidupnya, satu kebenaran yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya terbongkar.
"Kenapa, Ethan?! Kenapa awak tak pernah jujur dengan saya... yang awak bukan beragama Islam?!" - Hannah Amanda
"Aku terpaksa, Hannah. Maafkan aku..." - Ethan Daniel
Cinta mereka diuji dengan perbezaan yang tidak mampu diubah. Hannah tersepit antara perasaannya dan agamanya, manakala Ethan terpaksa berdepan dengan hakikat bahawa cinta tidak selalu dapat mengatasi segalanya.
"Maafkan aku, Hannah. Aku sayangkan kau, tapi aku lebih sayangkan agama aku." - Ethan Daniel
"Awak pergilah, Ethan. Carilah kebahagiaan awak. Anggaplah pertemuan kita hanyalah sekadar persinggahan. Fi amanillah." - Hannah Amanda
Apakah takdir benar-benar mahu memisahkan mereka? Atau mungkinkah ada ruang untuk mereka bertemu kembali di bawah langit yang sama, meskipun berbeza?