Story cover for Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] by Qstnaafrn
Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version]
  • WpView
    Reads 4,332
  • WpVote
    Votes 393
  • WpPart
    Parts 30
  • WpView
    Reads 4,332
  • WpVote
    Votes 393
  • WpPart
    Parts 30
Ongoing, First published Mar 28
2 new parts
‼️ NEW VERSION OF TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU ‼️

Hanya kerana sebuah cincin yang dicuri, harga sebuah kehidupan harus dibayar. Namun, takdir itu sering kali berbelit seperti benang kusut, mempertemukan dua jiwa yang berbeza ibarat malam dan siang. Lelaki yang tidak pernah tunduk pada Tuhan, dan gadis yang menjadikan Tuhan sebagai pelindungnya.

"Kau solat hari-hari, kau mengadu hari-hari. Tapi apa yang kau dapat? Hidup kau masih sengsara. Tuhan kau biarkan kau jadi hamba aku. Apa kau tak rasa bodoh bersujud pada sesuatu yang tak pernah tolong kau?" - Jason 

Jason adalah bara yang tak pernah padam, mencengkam kewarasan dan meratah sesiapa yang mendekati. Dia bukan sekadar bayang dalam tubuh seorang lelaki, tetapi petaka yang merantai masa silam dan masa depan. Qaseh tahu, selagi Jason masih wujud, selagi itu nyawa akan menjadi taruhan.

Namun, bagaimana membunuh sesuatu yang tidak berbentuk? Bagaimana menghapuskan gelap yang telah lama berakar dalam jiwa seseorang?

Satu-satunya jalan-mengahwini Leonardo.

"If marriage, happy family and women are what Jason hates the most, then maybe that's the only way to destroy him," - Qaseh Aulia

Bukan kerana cinta, bukan kerana takdir yang indah. Tetapi kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memadamkan neraka yang selama ini membakar.

Namun, api yang membakar tidak selalu padam dengan air. Ada bara yang tersimpan dalam diam, menunggu masa untuk menyala kembali.

Perkahwinan ini bukan sekadar ikatan. Ia adalah pertaruhan. Antara jiwa yang mahu diselamatkan dan kegelapan yang enggan dilepaskan.

Apakah Jason benar-benar akan lenyap? Atau Leonardo yang akan tenggelam dalam bayangan sendiri?

Kerana ada luka yang tidak pernah sembuh, ada dosa yang tidak pernah terhapus, dan ada kegelapan yang tidak pernah benar-benar mati.

Dan ketika semuanya hampir berakhir, barulah Qaseh sedar-

Ada api yang hanya boleh padam dengan darah.
All Rights Reserved
Sign up to add Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] to your library and receive updates
or
#15nasihat
Content Guidelines
You may also like
[C] | TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU [BAKAL TERBIT SIBF 2025] by Qstnaafrn
24 parts Complete Mature
𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 - OLD TITLE: TAKDIR QASEH "Tepat pada hari lahir kau yang ke 18... Aku nak kau mengandungkan zuriat aku. Dan lepas tu kau bebas." Qaseh Aulia - pelajar cemerlang, anak yatim yang dibesarkan dalam penderitaan. Dia dijual oleh ayah kandungnya sendiri kepada seorang lelaki gelap berjiwa kelam. Hidupnya yang dahulu penuh harapan berubah menjadi neraka dalam sekelip mata. Jason Richard Rousse, pewaris empayar fesyen antarabangsa, menyembunyikan sisi kehidupan yang penuh luka dan jenayah. Di siang hari, dia adalah ikon kejayaan. Tapi malamnya - dipenuhi darah, dosa dan kehancuran. Hatinya mati, jiwanya musnah. Baginya, Tuhan tidak wujud. "Tuhan tak wujudlah, bodoh! Kalau Tuhan wujud, kenapa dia perlu seksa aku dengan kehidupan ni?! Kenapa aku tak pernah buat apa-apa salah dihukum macam ni?!" - Jason Richard Rousse. Dipenjara dalam rumah agam mewah, dirantai dan dipaksa tunduk, Qaseh tetap tidak menyerah. Dia melawan dengan doa, melindungi dirinya dengan iman. Sedikit demi sedikit, kelembutan Qaseh mengusik hati lelaki dingin yang selama ini menolak kasih sayang dan Tuhan. Di tengah dunia yang hilang arah, hadir seorang lelaki bernama Izz Haider - sahabat Jason yang melihat segalanya dari sisi yang berbeza. Seorang doktor, tenang dan rasional, namun menyimpan rahsia sendiri. Dialah satu-satunya yang berani menegur, dan mungkin satu-satunya yang mampu menamatkan kitaran kebinasaan yang melingkari hidup Jason dan Qaseh. "When I said Jason is a dangerous person, I meant was his obsession. To things that he loves and keeps." - Izz Haider Namun, mampukah kasih menyelamatkan mereka berdua dari bayang silam? Atau akan berakhir dengan lebih banyak luka dan kehilangan? Sebuah kisah cinta gelap, luka yang terpendam, dan iman yang diuji. Cinta ini bukan dongeng. Ini perjuangan. Ini nyawa. Start: 28 Julai 2023 End: 27 November 2023
KAU DATANG KEMBALI by nazyatim_
77 parts Ongoing Mature
First story✨ Tengku Syed Nazmi. Berjaya. Berpengaruh. Namanya disebut-sebut di mana-mana. Lelaki itu bukan calang-calang-tinggi darjat, tinggi kedudukan. Kehidupannya serba sempurna di mata masyarakat. Nur Farah Auliana. Wanita berprinsip. Kasar, lantang, dan tak mudah tunduk. Bukan tipikal 'perempuan Melayu terakhir' seperti yang sering digambarkan di kaca TV. Tapi ironinya, hidup dia berubah sekelip mata... Sebab satu perkara yang dia sendiri benci: Kahwin paksa. Ya, kahwin paksa. Ingat ini drama pukul tujuh ke? Tapi inilah kenyataan hidup Farah. Tak pernah dia sangka, daripada sebuah perkahwinan tanpa rela... tumbuh benih kasih sayang. Namun, kebahagiaan itu tak bertahan lama. Bila lafaz nikah yang dulunya menyatukan, akhirnya menjadi satu beban yang menyakitkan. " hati aku untuk kau tak pernah mati, hati ni hanya untuk kau sorang jer." " tiga tahun, tiga tahun nazmi keluarga saya hidup dengan perasaan malu atas perbuatan awak dengan perempuan tu." " kenapa kau tak rasa pertemuan kau dengan dia kalini bukanlah satu kebetulan..? Tetapi itulah adalah jalan takdir untuk allah satukan kau dengan dia balik..?" ------------- Dan siapa sangka, dalam rapat ada yang menikam. Dalam kepercayaan, ada pengkhianatan. Orang yang paling dekat... kadangkala ialah musuh paling dalam. " dia dah pilih aku, dia pilih aku untuk jadi isteri dia. Kami dah sah, jadi kau jangan cakap yang aku merampas hak orang lain." " kau memang dah sah jadi isteri dia. Tapi tahu tak apa lagi sah..? Dosa kau kianat kawan baik sendiri. Dosa yang kau tunggung tu tak akan boleh diicuci dengan akad nikah." ------------ " the best decision for both of us.. is part ways. With all humility, I'm begging you please let me go."
Meliana and the man behind the commando mask. by iamsafyaela
30 parts Complete Mature
Pertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling memperkenalkan antara satu sama lain. "I'm Nur Meliana Lidya, and you?" - Meliana "Gorgeous name! I'm Tengku Dazrael Zayden." - Dazrael Cinta pandangan pertama bertukar menjadi perkahwinan, dan dia tidak percaya hidupnya akan menjadi begitu sempurna, sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar. Suaminya bukan sekadar kapten tentera. Dia juga CEO kepada ZaydenVault industri, syarikat yang paling berpengaruh di seluruh dunia dan yang paling menakutkan, dia juga seorang assasin berdarah dingin. Dia hidup di dalam dunia yang penuh bayang dan penuh musuh yang ingin melihatnya tumbang. Lebih mengejutkan, semua rakannya termasuk sepupu Meliana sendiri turut memikul identiti gelap yang sama. Namun meskipun rahsia itu terbongkar, dia tidak menjauh tetapi dia tetap di sisi lelaki itu. Meskipun rumah tangga mereka menghadapi salah faham yang besar, yang hampir meruntuhkan segalanya. "Ceraikan aku! Kau patut kahwin dengan dia, bukan aku!" - Meliana "Abang tak akan lepaskan cielo. Bagi abang masa untuk buktikan yang itu semua hanya lakonan untuk keselamatan cielo." - Dazrael Tapi... Mampukah cinta mereka bertahan dalam dunia penuh rahsia, darah dan pengkhianatan? Adakah itu lakonan semata-mata atau untuk keselamatan Meliana? Sanggupkah Meliana kekal di sisi lelaki itu selepas dia tahu perkara sebenar? Adakah apa yang Dazrael lakukan itu untuk melindunginya dari sesuatu yang buruk ? ⚠️ Abaikan jika ada sedikit typo, keselahan ejaan dan penyalah gunaan tatabahasa. ⚠️ Cerita ini ialah rekaan semata-mata. ⚠️Mohon jangan terikut dengan perkataan kasar yang terdapat di dalam ini. ⚠️Untuk pembaca yang matang
Takdir Yang Kembali | Editing by nerinenoir
14 parts Ongoing
Dua tahun selepas lafaz yang memisahkan mereka sebagai suami isteri, Sayf dan Nufa bertemu semula di kota Alexandria. Bukan secara kebetulan tetapi kerana takdir yang belum selesai ditulis. "Abang tahu abang tak sempurna tapi kalau Allah masih beri abang peluang untuk belajar mencintai dengan cara yang diredai-Nya, abang nak." -Sayf Arsalan "Kalau kita betul-betul sayang, jangan dikurung dalam sangkar. Lepaskan. Biar dia terbang bebas. Kalau dia pulang, itu rezeki kita. Tapi kalau dia tak kembali... mungkin itu ujian." -Nufa Elnaura Di saat mereka mula merangkai kembali serpihan harapan, ujian datang bertalu. Satu musibah mengubah seluruh hidup Nufa. Namun, Sayf memilih untuk tetap menunggu, meski harus menahan pedih yang tak terucap. "Abang takkan pergi, Nufa. Kalau ini takdir kita, abang rela terluka... asalkan bukan kerana menyerah." - Sayf Arsalan "Kehadiran saya dalam hidup abang hanya menyusahkan. Dan sekarang... saya bukan perempuan yang sempurna pun. Apa lagi yang tinggal?" - Nufa Elnaura Dalam masa yang sama, ibu Sayf tetap dengan pendiriannya. Bagi Puan Mariam, cinta Sayf kepada Nufa adalah kelemahan dan kelemahan itu mesti diputuskan, walau dengan mempertaruhkan hubungan darah demi membunuh satu cinta. "Kalau Sayf tetap pilih dia, pergilah. Tapi jangan harap mama akan restu. Jangan harap mama akan pandang Sayf lagi." - Puan Mariam Sayf kini terperangkap antara dua cinta. Seorang ibu yang melahirkannya dengan nyawa dan seorang wanita yang mengajarnya erti kehilangan dan ketabahan. Mampukah Sayf melangkah semula ke dalam cinta yang pernah mereka kuburkan bersama? Atau takdir itu hanya mempertemukan mereka untuk mengajarkan erti redha dan perpisahan?
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
65 parts Complete
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] by by_asmirose
130 parts Complete
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?
BAKAL DISEKSA SEMENTARA (C)✔ by CikNaz18_
66 parts Complete
2 0 2 1 [KARYA 4] Tanpa sebab, Mak Abah gadis itu dibunuh kejam pada waktu tengah malam. Perasaan si gadis sukar diungkap. Sedih! Marah! Takut! Tatu burung helang sentiasa bermain difikiran. Hanya tatu lelaki itu sahaja sempat dia lihat. Selepas kejadian itu, dia semakin ingin tahu siapa lelaki disebalik topeng itu. Sejak ibu bapanya dibunuh, terus dia melarikan diri ke serata tempat sehingga lelaki bertopeng itu tidak dapat mengesan jejaknya. 8 tahun berlalu bukan perkara mudah untuk dia lupakan apa yang sudah terjadi. Perkataan lelaki tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia benci bila ada lelaki yang mendekatinya. Kecuali, lelaki itu. Mereka berkawan tanpa rasa cinta, itulah erti persahabatan sebenar. Suatu hari dia dipertemukan dengan lelaki bertopeng. Dia tergamam dan berbelah bagi. Entah apa dia ingin katakan pun tidak tahu. Diam... itu adalah pilihan terbaik walaupun dendam tersemat dihati. Dia tahu kekuatan lelaki bertopeng itu sungguh tak terjangka. Lelaki bertopeng itu menyembunyikan kelicikan serta tidak perimanusian daripada sang keluarga. Di depan keluarga dianggap seperti malaikat. Namun disebaliknya, tidak ubah seperti syaitan. Sudah lama dia menunggu kehadiran si gadis itu untuk dijadikan milik sepenuhnya. And yes.. gadis itu menjadi hak milik seutuhnya. Satu permainan bakal dimulakan... "Awak dah bunuh Mak Abah saya kan?" "Yes. Kenapa? Kau nak bunuh aku balik, heh?" "Sampai hati kau buat macam ni, abang! Depan keluarga kau malaikat, tapi belakang keluarga kau syaitan terkutuk!" "Kahwin dengan aku atau aku bunuh kau seperti mana aku bunuh orang kau tu! Pilih cepat!" ••• "Cukup untuk buat saya terseksa. Lepaskan saya. Saya dah lahirkan anak awak. Itu antara perjanjian kita kan?" "Baby... Please don't leave me and our son. Abang minta maaf. Abang merayu baby. Lupakan perjanjian tu" "Perjanjian tetap perjanjian. Itu keputusan muktamad saya!" "Izinkan saya jadi isteri awak" START: 9/9/2021 END:?
SAYANGKU JASMIN (novel terbit) by BellaSannah
13 parts Complete
SUDAH TERBIT DAN DIJUAL DI SHOPEE FAKAR PAKEER DAN KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH MALAYSIA Idea asal ; DBJ Revamp : SAYANGKU JASMIN BLURB ISBN : 978-983-822-124-5 Kapsyen : Andai cinta itu kita lepaskan, adakah sakit itu juga akan bercempera pergi? - Hidup ada pelbagai cara untuk menguji manusia. Sama ada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa ataupun dalam keadaan mempunyai segala-galanya. Jika Jasmin patah hati kerana keluarga, hati Aafan hancur dengan pemergian pemilik jiwa. Program Lenus Home Tutor menjadi titik pertemuan dua insan. Aafan menepis rasa. Jasmin menjaga raga. Bagi Aafan, ada bayang Fina dalam diri Jasmin. Jelas mereka dua wanita yang berbeza. Tapi, kenapa hati Aafan berdenyut dengan rentak yang sama untuk Jasmin? Satu malam aturan-Nya, bermulalah sebuah kenyataan sehingga wujudnya satu ikatan. Jasmin cuba menakluk hati. Aafan sejauh mungkin cuba berlari. Kala cinta sudah menggoda, satu noda merubah segalanya. Jasmin lelah. Tidak mampu mengejar lagi. Tidak mungkin kembali merindui. Dihukum kerana bukan salahnya begitu menyakitkan. Melihat penyeksaan lelaki itu, sanggupkah dia mencuba untuk kali yang terakhir? "Don't expect much. Cukup, saya nak hak yang boleh bawa awak keluar dari 'dunia' tu." - AAFAN Adakah doa yang ikhlas akan menembusi langit? Mampukah pelangi yang pergi, membawa warna kembali? "Benarlah, kadang cinta itu bermakna kita perlu melepaskan - JASMIN Seharusnya mereka tidak bertemu. Seharusnya mereka tidak jatuh cinta kerana diakhir cerita, akan ada dua manusia yang bukan tercipta untuk bersama.
Bunga Untuk Qaisara [SU] by Qissmall
14 parts Ongoing Mature
QAISARA ALIESYA seorang perempuan yang lemah lembut, cantik, putih gebu dan pandai.Dia jugak mempunyai badan yang sempurna seperti model bak kata orang sekelilingnya. Kenapa awak perlu mainkan perasaan saya - QAISARA ALIESYA NADIFF KHALISH seorang lelaki dingin, tenang dan beku seperti ais tiada perempuan yang mahu dekati dia kerana siapa yang dekati dia akan kena marah atau melenting.Tetapi disebalik tenang dia ada satu dendam yang tak pernah hapus. Sebab aku suka bila tengok kau terseksa dan aku tak paksa kau suka kat aku - NADIFF KHALISH selepas beberapa tahun lepas kejadian itu berlaku mereka berdua ditemukan semula. Awak nak apa lagi.Jangan kacau saya boleh tak? - QAISARA ALIESYA Kahwin dengan aku.Aku janji takkan ulang kesilapan yang sama - NADIFF KHALISH Selepas banyak ujian yang menimpa mereka berdua.Mereka berdua dapat disatukan. Aku terima nikahnya Qaisara Aliesya binti Mohd Qamarul dengan mas kahwin sebanyak dua ribu ringgit tunai - NADIFF KHALISH Qaisara ingat Nadiff betul-betul ikhlas dan tulus mencintainya tetapi tidak.Nadiff kahwin dengan dia kerana nak balas dendam kejadian yang berlaku dulu.Qaisara tidak putus asa dia tetap mencairkan hati Nadiff tapi lepas setahun tidak berjaya maka dengan itu dia pilih untuk undurkan diri. Cukup sampai disini sahaja perkahwinan kita.Saya penat.Tolong biarkan saya pergi - Qaisara Aliesya Nadiff ingatkan Qaisara hanya pura-pura atau menipunya tapi Qaisara pergi jauh dari dia sehingga saat itu baru dia menyesal. Sayang tolong balik.Abang rindukan sayang.Abang betul-betul dah menyesal - NADIFF KHALISH Apakah Nadiff dan Qaisara akan bersama selamanya? Kemanakah Qaisara pergi? 🚫AMARAN🚫 Cerita ini mempunyai keganasan dan kekejaman mungkin akan lebih. Sila skip jika anda mempunyai trauma atau sebagainya. Kalau cerita ini memeningkan anda atau rasa bosan sila skip saya tak paksa untuk anda baca karya saya. Sekian terima kasih. START : 30/12/2024 END :
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
SALAHKAN AKU by RabihahNurRidhuan
53 parts Ongoing
Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
Adakah Ini Cinta? | C by Balqis04_
75 parts Complete
First book || Complete Berkahwin atas dasar mahu menutup aib keluarga bagi pihak perempuan? Itu sungguh mengejutkan bagi Haider kerana dirinya kini harus menerima hakikat yang pahit. Kenapa dia yang dipilih untuk mengahwini seorang perempuan yang dipandang penuh dosa, sombong dengan kemewahan. "Kenapa aku yang perlu melakukan semua ini ya Allah? Takdir apakah yang sedang Kau aturkan untukku?" Bagi Tiara, perkahwinan ini adalah peluang baginya untuk mencapai kepuasan. Berkahwin dengan lelaki yang tinggi ilmu agama. Sangat tidak disangka. Namun, apa dia peduli? Baginya, perkahwinan ini hanya memberi kebebasan untuk terus hidup mengikut caranya, kerana dia yakin Haider tidak akan berani menegurnya. Tetapi itu hanyalah angan-angannya semata-mata. "Kau tak ada hak nak tegur aku, pak imam. Kau tu bukan sempurna sangat pun." Kuatkah Haider untuk menghadapi segala ujian ini bersama Tiara, yang tidak pernah habis menguji kesabarannya? Mampukah mereka mengecapi kebahagiaan seperti pasangan lain di luar sana? Ataukah perkahwinan ini hanyalah jalan penuh duri yang tiada akhirnya? Adakah ini cinta yang mereka cari atau sekadar perangkap kehidupan? "Takdir menemukan kita dan meskipun luka mengiringi perjalanan, di sebalik semua ini pasti akan ada kebahagiaan yang tersembunyi." ⚠️⚠️⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dari idea saya sendiri, semoga memberi iktibar kepada anda semua❤️ Start : 18/10/2023 End : 17/2/2025 Cover by : PutraRize_
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
52 parts Complete
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
60 parts Complete
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
You may also like
Slide 1 of 17
[C] | TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU [BAKAL TERBIT SIBF 2025] cover
KAU DATANG KEMBALI cover
Meliana and the man behind the commando mask. cover
GADIS ITU MILIK AKU cover
PENGORBANAN HATI cover
Takdir Yang Kembali | Editing cover
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] cover
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] cover
BAKAL DISEKSA SEMENTARA (C)✔ cover
SAYANGKU JASMIN (novel terbit) cover
Bunga Untuk Qaisara [SU] cover
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover
SALAHKAN AKU cover
Adakah Ini Cinta? | C cover
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] cover
Anugerah Terindah [C] cover
(Completed√) DANGEROUS SOUL cover

[C] | TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU [BAKAL TERBIT SIBF 2025]

24 parts Complete Mature

𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 - OLD TITLE: TAKDIR QASEH "Tepat pada hari lahir kau yang ke 18... Aku nak kau mengandungkan zuriat aku. Dan lepas tu kau bebas." Qaseh Aulia - pelajar cemerlang, anak yatim yang dibesarkan dalam penderitaan. Dia dijual oleh ayah kandungnya sendiri kepada seorang lelaki gelap berjiwa kelam. Hidupnya yang dahulu penuh harapan berubah menjadi neraka dalam sekelip mata. Jason Richard Rousse, pewaris empayar fesyen antarabangsa, menyembunyikan sisi kehidupan yang penuh luka dan jenayah. Di siang hari, dia adalah ikon kejayaan. Tapi malamnya - dipenuhi darah, dosa dan kehancuran. Hatinya mati, jiwanya musnah. Baginya, Tuhan tidak wujud. "Tuhan tak wujudlah, bodoh! Kalau Tuhan wujud, kenapa dia perlu seksa aku dengan kehidupan ni?! Kenapa aku tak pernah buat apa-apa salah dihukum macam ni?!" - Jason Richard Rousse. Dipenjara dalam rumah agam mewah, dirantai dan dipaksa tunduk, Qaseh tetap tidak menyerah. Dia melawan dengan doa, melindungi dirinya dengan iman. Sedikit demi sedikit, kelembutan Qaseh mengusik hati lelaki dingin yang selama ini menolak kasih sayang dan Tuhan. Di tengah dunia yang hilang arah, hadir seorang lelaki bernama Izz Haider - sahabat Jason yang melihat segalanya dari sisi yang berbeza. Seorang doktor, tenang dan rasional, namun menyimpan rahsia sendiri. Dialah satu-satunya yang berani menegur, dan mungkin satu-satunya yang mampu menamatkan kitaran kebinasaan yang melingkari hidup Jason dan Qaseh. "When I said Jason is a dangerous person, I meant was his obsession. To things that he loves and keeps." - Izz Haider Namun, mampukah kasih menyelamatkan mereka berdua dari bayang silam? Atau akan berakhir dengan lebih banyak luka dan kehilangan? Sebuah kisah cinta gelap, luka yang terpendam, dan iman yang diuji. Cinta ini bukan dongeng. Ini perjuangan. Ini nyawa. Start: 28 Julai 2023 End: 27 November 2023