Story cover for TEPAT PADA WAKTUNYA by fatihah_sumali
TEPAT PADA WAKTUNYA
  • WpView
    Reads 902
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 7
  • WpView
    Reads 902
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 7
Ongoing, First published Mar 25, 2025
Mature
Kakaknya, Asyikin Amelia, telah terbang ke Amerika untuk mengejar impiannya sebagai model antarabangsa, meninggalkan satu tanggungjawab besar di bahu Aiman Amalina. Selesai solat tahajud, istikharah, dan taubat, matanya tertancap pada baju nikah yang tergantung di coat rack. Tiada rasa teruja, tiada debaran bahagia-hanya kehampaan yang menyelubungi hatinya. Seolah-olah esok adalah titik akhir kehidupannya.

"Tak, ayah! Tolonglah ayah... Iman tak nak! Iman ada cita-cita, Iman nak kejar impian Iman!" rayu Aiman, bersimpuh di kaki Encik Jalal.

Namun, rayuannya sia-sia. Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga perlu dipatuhi. Dia harus menggantikan tempat kakaknya yang lari dari tanggungjawab, demi sebuah impian.

Bukan hanya Aiman yang dipaksa, tetapi Syed Al Iqbal juga. Bagi Tan Sri Syed Kadir, pewaris keluarga harus ada, dan perkahwinan ini mesti terjadi.

"Papa tak kira! Kamu kena kahwin dan dapatkan pewaris tahun ini juga!" tegasnya.

Semuanya berlaku begitu pantas. Tanpa cinta, tanpa rela-dua insan asing disatukan atas kehendak keluarga.

Dapatkah Aiman menerima takdir ini? Mampukah dia mencari kebahagiaan dalam sebuah perkahwinan yang tidak pernah diimpikannya? Dan bagaimana penerimaan Iqbal terhadap Aiman, pengganti yang tidak pernah dia pilih?

Author Note: saya baru je jinak jinak nak mengarang story. maaf kalau tak sesuai denga selera anda semua. terima kasih sudi baca. saya akan usahakan seminggu 2 episode saya akan update. terima kasih sudi baca.
All Rights Reserved
Sign up to add TEPAT PADA WAKTUNYA to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
53 parts Complete
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
EBOOK AIMI - C by macam_dante
14 parts Ongoing
Aimi Airisha seorang gadis yang periang dan berstatus B40 tidak pernah terlintas untuk menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat. Namun siapa sangka selepas percutiannya di Tioman, dia diasak untuk melangsungkan perkahwinan bersama Aimir Arshad. Pada awalnya, Aimir Arshad yang sudah mencecah lewat 30-an kerap dilabelkan sebagai gay kerana sentiasa menolak pilihan keluarga. Bagai bulan jatuh ke riba, pertemuan singkat bersama Aimi Airisha yang mencuit hati telah mengubah dirinya 100%. Namun jurang antara mereka terlalu ketara dimana Aimi Airisha seorang gadis bersaiz 2XL berbeza dengan Aimir Arshad yang mempunyai rupa paras yang kacak serta hidup dalam kemewahan. Tiap kali cubaan Aimir untuk meluahkan perasaannya, tiap kali itu juga ditolak oleh Aimi seakan tidak percaya lelaki ini sudah jatuh cinta terhadapnya. "Darling, jangan hempas pintu kereta I lagi or petang ni jugak kita jumpa tok kadi. I tak kira, I memang dah tak sabar nak jadi your lovey-dovey husband. 😉" - Aimir Arshad "Tok kadi cuti. Tok mudim je ada. Dia available 24/7. Kalau nak kena sunat kali kedua, buatlah. Saya nak tengok awak berani ke tak." - Aimi Airisha "You nak tengok apa, darling? Damn! Now I'm scared.😱. Malulah I, you nak tengok I sunat kali kedua. Rakus tapi I suka😘" - Aimir Arshad Siapa sangka tragedi hitam itu memberi impak yang besar kepada Aimi Airisha sehinggakan persahabatannya bersama Melissa Tyara terjejas dan Afnan Azril pula muncul di saat akhir melamar dirinya. "I don't want to be yours!" Aimi Airisha. "Too late, you're already mine." Aimir Arshad. Perlukah Aimi Airisha meneruskan lakonan untuk kekal kuat atau terpaksa menjalani kehidupan klise seperti dalam telenovela?
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
19 parts Complete
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️ by ainaatwinkle
62 parts Complete
"Let me stay by your side" ------------------------------------------------ Adreana Arissa - "serius ! muka macam budak nak ambil spm jer " Tengku Aimien - "dah agak. Kau terima jela bakal suami kau ni budak budak spm" -------------------------------------------------- Kisah dimana Arissa dan Tengku Aimien terpaksa kahwin disebabkan hal yang tak disengajakan. Nasib Arissa dapat suami kaya dan tak pernah sombong , friendly namatey but satu saja Arissa sikap dingin dalam masa yang sama buat Arissa nak tikam-tikam suami dia guna garfu . Perkahwinan atas dasar menutup malu menyebabkan Aimien dan Arissa merasa janggal untuk seketika. Terbit rasa sayang dalam hidup Aimien dengan Arissa menyebabkan rumah mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak ketawa . Tapi , bahagia mereka hanya sementara walaupun sudah tiada gangguan . -------------------------------------------------- "Arissa ini soal hidup dan mati kau! Tolong buat keputusan guna otak , kalau kau tak kesian dekat Aimien kesian laa anak kau!" - Haniey Nadirah "Arissa, aku sentiasa mendoakan kau, mendoakan supaya kau tenang. Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau. Kau jangan risau aku jaga anak kita. Kau duduk sana jangan fikir pasal kami ok. Aku tak tahu nak ucap macam mana tapi aku betul sayang kau. i love you Adreana Arissa" - Tengku Aimien Hidup mereka terus bahagia atau sebaliknya? Ada lagi ke serangga perosak rumah tangga zaman sekarang ni? Ada lagi ke minah-mamat psiko wujud dalam cerita ni ? Haa sila laa baca . START ; 13/10/2018 END ; 21/02/2020 Salwaainaa. 💜
Angel : The Unrevealed Story  [|COMPLETED✓|] by Zaenisya
62 parts Complete
"Aku sayang kau , Angel" bisik Hayyan perlahan.. cukup sekadar dia sahaja yang mendengarnya >> Setelah hampir 8 tahun terpisah , Mika Aileen nekad mencari sahabat masa kecilnya di tanah air tercinta , Malaysia.. bukan sahaja itu , dia juga mahu mencari punca Babanya itu benci pada keluarga sahabatnya itu.. demi Ieman Hayyan , dia sanggup menipu Baba supaya dapat berjumpa lagi Namun 8 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek.. cukup panjang untuk mengubah lelaki itu menjadi seseorang yang amat berbeza dari sahabat yang dia kenal satu ketika dahulu.. sedikit demi sedikit sisi gelap seorang Ieman Hayyan dihidangkan dihadapan mata.. pelbagai kejutan yang Mika Aileen alami demi mendapatkan semula Ieman Hayyan versi terdahulu >> "Maaf sebab terpaksa libatkan kau dalam hal ni terima kasih sebab jadi penawar aku" >> Hubungan mereka semakin pulih.. Hayyan juga tidak mampu menolak kehadiran Aileen di sisi.. Namun , keadaan menjadi keruh apabila ada yang memerangkap mereka berdua "Biar saya bertanggungjawab.. Biar Hayyan kahwin denngan Aileen!" "Hayyan! Kau dah gila ke?!" Hayyan sedar hubungan mereka terlalu awal.. lantas dia membawa diri ke luar negara.. menanti masa sesuai untuk menjalankan tanggungjawab yang satu itu.. bertahun ditinggal , Aileen masih setia menanti kepulangan Hayyan.. satu demi satu rahsia terbongkar menyebabkan Aileen semakin ragu dengan cinta mereka.. adakah bahagia itu milik mereka? Atau tidak akan pernah ditakdirkan bersama?
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE (BAKAL TERBIT 2026) by aish_maira
15 parts Complete
[Pattenson Family vol. 1] Disaat seorang kapten juruterbang ditimpa insiden hitam yang telah menyatukannya dengan wanita cantik bermata kelabu, semua rancangan perkahwinan dengan si cinta hati kian hancur. "Sara, jangan macam ni please. We are getting married. Tolonglah, percayakan I Sara. I tak buat apa-apa dengan dia. You pun tahu dia anak perampas. Memang perangai pun ikut mama dia, perempuan jalang!" - ARASH MIKAEL AL-QAWISY "Astagfirullahalazim, sampai hati you cakap macam tu, Arash." - DELYN FAWARA Kebencian Arash yang semulajadi wujud terhadap sepupu angkatnya itu akibat kisah silam keluarga mereka kian semakin parah. Hina sungguh Del di matanya. "Kenapa you tak boleh cinta dan sayangkan I macam mana you cinta dan sayangkan Sara?" - DELYN FAWARA "Kau dengar sini baik-baik. Dalam mimpi pun belum tentu aku nak cintakan kau, apatah lagi realiti. Kau dengan Sara macam langit dengan bumi. Lagipun cinta aku hanya untuk Sara. Bukan untuk perempuan macam kau." - ARASH MIKAEL AL-QAWIYSH Del perlu menahan peritnya hidup dibenci walaupun sejak dulu dia sudah menaruh hati pada Arash. Apakan daya, percaturan Tuhan itu sentiasa ada hikmah-Nya, Arash sedar bahawa memiliki Delyn sebagai isteri tidaklah begitu teruk. Cinta mereka kemudian berputik di Kota Rome. Namun begitu, ujian untuk mereka sepertinya tidak berakhir dengan mudah. Saat pasangan itu hampir mencapai kebahagiaan kemuncak, mereka diuji dengan salah faham yang besar. Sekali lagi Arash telah menyakiti isterinya. Saat kebenaran terbongkar, hati Delyn telah tawar. Tiada lagi rasa cinta itu untuk si suami. Apakah pengakhiran bagi hubungan mereka?
You may also like
Slide 1 of 8
Hati Yang Tersakiti (Complete)  cover
EBOOK AIMI - C cover
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) cover
Bidadari Huzair cover
Jika Kau Yang Memiliki || Editing cover
Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️ cover
Angel : The Unrevealed Story  [|COMPLETED✓|] cover
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE (BAKAL TERBIT 2026) cover

Hati Yang Tersakiti (Complete)

53 parts Complete

"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣