Story cover for Sedetik Lebih by CIK_ZALIKHA
Sedetik Lebih
  • WpView
    Reads 385,185
  • WpVote
    Votes 37,642
  • WpPart
    Parts 85
  • WpView
    Reads 385,185
  • WpVote
    Votes 37,642
  • WpPart
    Parts 85
Ongoing, First published Mar 15, 2025
24 new parts
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam.

"Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" 

Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam.

"Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan

"Baik, brader."-Maryam Elara

"Apa kau cakap?"-Raif 

"Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam 

Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati.

Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu.

Kenapa?

Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu?

"Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif

"Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam

Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? 

Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Sedetik Lebih to your library and receive updates
or
#2cinta
Content Guidelines
You may also like
AZEL [BAD MAGICIAN] by CIK_ZALIKHA
25 parts Ongoing
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
61 parts Complete
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
55 parts Complete
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
QASEH'S AMORE ✓ by aish_maira
54 parts Complete
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan mereka. Perbezaan agama. Perpisahan yang tidak diingini oleh kedua pihak, kini mencetus bahaya apabila luka yang lama kembali berdarah. Kisah silam yang penuh tragis kini kembali membawa memori hitam singgah di ingatan. Dalam tidak diduga, nyawa Qaseh menjadi taruhan. "Saya nak awak jadi isteri saya."-Alexo Richard D'Russo- Namun, demi menyelamatkan satu satunya cinta kasih yang dia ada, penipuan terpaksa dia lakukan, tatkala hati belum terbuka untuk menerima Islam, dia paksakankan juga. Tanpa sedar dia lupa, mencintai seseorang biarlah kerana Allah, bukan kerana nafsu. "If I say I convert to Islam, but I don't follow what's it teachings?" -Alexo Richard D'Russo- "Bermakna awak belum sedia untuk bimbing mahupun bergelar suami pada saya. Antara awak dan Allah, saya pilih tuhan saya." -Qaseh Miranda Pattenson- Tercetuslah masalah yang lagi besar tatkala hati berbelah bahagi. Pada awal perkahwinan mungkin dia nikahi Qaseh demi keselamatannya. Tapi kini, dia nikah dan cintai Qaseh kerana Allah. Disaat mereka mula kembali kepada satu sama lain, kebenaran kisah silamnya menjadi buah mulut orang sekeliling sehingga Alexo kembali tenggelam dalam memori hitam 13 tahun lalu. Hanya demi Qaseh Miranda, dia sanggup korbankan nyawanya. Sungguh hebat cinta mereka. Cinta yang terjalin kerana kuasa-Nya yang Esa. Apakah kisah silam yang membawa mereka kembali ke dunia hitam? Mampukah mereka menjalin kasih kerana Allah? Genre: islamic, romance, action, thriller, family, sad
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
92 parts Complete
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
I AM NOT FOR SALE [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
12 parts Complete
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat? Di beri bunga, di buang ke tong sampah. Di bagi cincin, di ambil tapi bukan tuannya. Di beri rumah, tengok berapa tingkat dahulu Di beri duit, come to me baby sayang. Semua lelaki yang ingin memikatnya hanya dipandang sebelah mata sahaja. jangan dikata pandang, jeling pun tidak mahu. tetapi jika, Nik ashraf. bunyi tapak kaki sahaja sudah buat dia tercari-cari di mana lelaki itu berada. mengapa? kerana dia kaya, dia mempunyai rupa, dan dialah putera bagi Neldia Rose. Tetapi apakan daya, cinta itu telah dirampas oleh musuh kampungnya. Adinda. gadis ayu kampung yang menjadi rebutan para lelaki alim. siapa tak jatuh cinta dengan adinda? dia baik, bukan seperti neldia rose yang Gold digger! hanya kerana tidak mahu terlepas Nik Ashraf, dia sanggup melakukan sesuatu luar jangkaan yang menyatukan mereka berdua. "aku tahu, kau kawin dengan aku sebab nak harta kan? aku boleh bagi kau harta. tapi bukan kasih sayang. kau boleh minta apa sahaja yang kau nak dalam rumah ni, duit, emas, belian and eveything. but.. takkan lama."-Nik ashraf. "Kalau i nak sayang you jugak?" "orang gold digger macam kau perlukan kasih sayang ke?" mulanya mahu harta, tapi lama kelamaan pabila cinta mula mengetuk pintu hati. semuanya sudah dilupakan. apakah neldia rose akan tetap menjadi isteri mata duitan dimata nik ashraf? "Kalau nak harta, kenapa perlu mahu hati? cinta itu kan buta dan takkan kekal lama?"-Neldia Rose. Beautiful cover by @CIK_ZALIKHA
ELENA ERYSHA by balqisjuandy
53 parts Complete
[unpublished for editing purposes] TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Elena Erysha. 24 tahun hidup tidak pernah membantah mahupun melawan kehendak kedua orang tuanya. Walau dia sering dilayan tidak ubah seperti orang luar, dia kekal bersabar. "Kau tak nak kahwin dengan aku pun tak apa, Elena. Aku tak kisah. Aku boleh batalkan semuanya dengan syarat kau bagi apa yang aku minta. Boleh?" - Emir Farhan Kehidupan yang sememangnya penuh derita, bertambah lagi apabila si ibu memaksanya bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. "Saya cuma tak nak jadi selfish bila saya selalu utamakan diri saya dulu." - Elena Erysha "Put yourself first isn't selfish, Erysha. It's a self-care. Awak tak boleh selalu utamakan orang lain sampaikan diri awak yang jadi terakhir." - Iffat Amsyar Setelah semuanya, dia dihalau tanpa belas kasihan. "Kalau kau dah tak reti nak hormatkan semua orang, aku nak kau keluar daripada rumah ni! Aku tak ada anak yang tak kenang budi dan kurang ajar macam kau!" Memang itu yang Elena mahukan sejak dahulu, tetapi bukan dalam situasi begini. Dia hanya mahu merasakan dilayan seperti seorang manusia, bukan binatang. Benarlah kata orang; ketika kita diam dan bersabar, tiada seorang pun yang peduli tentang kebaikan kita, tentang apa yang sudah lama disimpan dan dipendam seorang diri. Tetapi apabila sekali sahaja kita menyuarakan suara yang selama ini lebih memilih untuk diam, kita pula yang akan nampak terpaling jahat di dalam kisah mereka. "Kahwin dengan saya dan saya akan bantu awak untuk keluar dari semua ni." - Iffat Amsyar Elena cuba untuk menerima kehadiran Iffat di dalam hidupnya. Tetapi seperti biasa, hidupnya tidak pernah tenang tanpa ujian. "Maybe one day we'll meet again and explain to each other what really happened." Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
46 parts Ongoing
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End:
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
81 parts Complete
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
You may also like
Slide 1 of 9
AZEL [BAD MAGICIAN] cover
Hai Encik Lanun [C] cover
BIARKAN HATI MENCINTAI cover
QASEH'S AMORE ✓ cover
THE RULES: BRAYAN [Complete] cover
I AM NOT FOR SALE [NOVEL] cover
ELENA ERYSHA cover
Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband cover
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C cover

AZEL [BAD MAGICIAN]

25 parts Ongoing

"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL