AKAD YANG TERUJI

AKAD YANG TERUJI

  • WpView
    Reads 18,391
  • WpVote
    Votes 929
  • WpPart
    Parts 37
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Apr 27, 2026
Disebabkan rasa sayang yang sudah lama ada buat Kamil, Naira bersetuju dengan lamaran lelaki itu. Fikirnya, Kamil benar-benar mencintainya. Hakikatnya lamaran itu dilafazkan kerana satu janji dan dendam lama. Diam-diam Kamil sudah beristeri. Naira yang kedua. Sepanjang bergelar isteri kepada Kamil, Naira kerap makan hati melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh Kamil dan madunya. Berkali-kali dia terfikir ingin melepaskan takhtanya sebagai seorang isteri, namun dia enggan kerana perasaan kasihnya kepada lelaki itu masih tebal. "Kenapa abang tak pernah beritahu Naira yang abang dah kahwin?" - NAIRA. "Tak penting pun untuk Naira tahu. Naira is Naira. Suhana is Suhana." - KAMIL. Ketika Naira mendapat tahu madunya akan menetap di luar negara, terbit secebis rasa bahagia di dalam hatinya apabila kasih dan perhatian Kamil tertumpu kepadanya. Dia benar-benar merasakan dirinya seperti seorang isteri yang memegang takhta 'pertama' di dalam hati lelaki itu. Malangnya, kebahagiaannya mula diuji dengan satu persatu penipuan Kamil yang mula terbongkar. "Memang abang kahwin dengan Naira sebab abang nak NSL tu. Abang nak bahagiakan Kak Suhana." - KAMIL. Naira bungkam. Perasaan kasih yang Kamil hulurkan kepadanya sepanjang ketiadaan madunya hanyalah dusta semata-mata. Dia nekad ingin pergi, namun perjanjian yang termeterai antara suami dan abangnya membuatkan dia terduduk. Kembalinya Suhana yang acap kali mendesaknya meninggalkan Kamil hampir buat dia kehilangan nafas. "Kalau Naira seorang perempuan yang baik, mesti Naira rasa apa yang akak rasa. Tak ada mana-mana perempuan yang suka bermadu. Tolong tinggalkan Abang Kamil secepat mungkin." - SUHANA. Walaupun berat untuk diterima, Naira akur dengan permintaan madunya. Tetapi, mampukah dia melepaskan lelaki itu? Melepaskan Kamil umpama dia melepaskan seluruh hidupnya. Apakah dia sanggup menanggung risikonya? Apakah janji yang telah menghalang akal warasnya daripada menguburkan semua perasaannya terhadap Kamil?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Naira Elysha
  • Dalam Kurungan Razyian.
  • MY 'RUDE' WIFE
  • 🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED)
  • Bukan Sekadar Cinta
  • SAYANG, MAAFKAN AKU [C]
  • DUA JANJI
  • IKHLAN DALIA
  • Takwil Cinta Zulaikha

Naira Elysha. Si gadis moden yang suka bershopping. Anak manja Datuk Nazim Elyas yang akhirnya diikat menggunakan ikatan perkahwinan. Naira si anak manja mengikut saja apa kata daddy tetapi... Naira mula bosan. Emran Siddiqin. Suami paksa rela Naira. Anak kenalan daddy. Orangnya baik dan kacak-ganteng viva la vida tetapi... tak ada guna kalau isteri sendiri tak nampak kekacakkan yang ada. Emran pun tak tahu apa lagi yang tak kena dimata Naira. Si gila-gila otak seminit dan juga si suami yang matang sentiasa tenang. Naira yang katanya sudah bosan hidup bersuami mahu meminta cerai tetapi! Tetapi penceraian itu mestilah berlaku secara semulajadi. Emran yang sudah terlanjur sayangkan isteri mana mungkin melepaskan Naira begitu saja. Naira itu nyawanya! Haih! Macam mana ni? Naira dah bosan! Naira nak cerai! "Naira nak cerai." "Tak boleh." "Naira nak..." "Kenapa?" "Abang baik..." Eleutheromania. Nami. 2025. Read at your own risks. :") Sweetness + cringiness to the max.

More details
WpActionLinkContent Guidelines