Senja Untuk Azdihar |OG|
  • Reads 22,097
  • Votes 1,083
  • Parts 14
  • Reads 22,097
  • Votes 1,083
  • Parts 14
Ongoing, First published Feb 02
Senja Aafraen, merupakan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang berada. Dia dibesarkan dengan kekayaan daripada kedua ibu bapanya yang terkenal kerana mempunyai sebuah syarikat antarabangsa yang sudah bercabang di beberapa negara.

"Sun, mama tak pernah halang Sun nak buat apa-apapun dalam hidup ni. Tapi, Sun yakin nak kahwin dengan pilihan Sun? Macam mana kalau Sun tak biasa hidup dalam keadaan macam tu?" - Datin Seroja

Harta bukanlah segalanya buat Senja. Malahan, alasan sebenar dia mampu membuat keputusan itu juga kerana dia mahu hidup yang sederhana. Kerana cinta pandang pertama kepada seorang penghantar makanan itu juga merupakan salah satu alasan.

"Kalau keputusan Sun itu dapat membahagiakan Sun, mama dan papa merestui hubungan Sun dan dia. Kami juga tumpang bahagia." - Dato' Aaron

"Moon pun tumpang bahagia untuk Sun. But remember, if he hurts you just tell me quickly. I'll make sure he deserves the same thing but more than what he did." Selene Aarezn

Kasih sayang keluarga kepadanya tiada batas. Melepaskan bukanlah mudah tetapi melepaskan itu tanda sayang mereka kepada si bongsu. 

"Awak yakin nak kahwin dengan saya? Saya ni kerja food rider je. Gaji pun tak tahu cukup atau tidak nak bagi makan awak." - Azdihar Numair 

Azdihar Numair pilihan hati. Senja bukan perempuan yang memandang harta dan rupa tetapi hati yang ikhlas menerimanya.

"Kenapa perlu ragu dengan saya? Awak ingat saya ni mintak dengan company awak untuk hantarkan makanan saya setiap hari tu saja-saja ke?" - Senja Aafraen 

Namun, disebalik kerja Azdihar Numair sebagai seorang rider food grab, terdapat seribu satu rahsia bahkan lebih. Apakah rahsia-rahsia itu? Adakah ia mampu meruntuhkan mahligai bahagia rumahtangga Senja Aafraen dan Azdihar Numair?
All Rights Reserved
Sign up to add Senja Untuk Azdihar |OG| to your library and receive updates
or
#9funny
Content Guidelines
You may also like
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
48 parts Complete
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
[C] | Sehangat Cinta Sejuknya Luka by Qstnaafrn
75 parts Complete
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bau feromon yang menggugah naluri dan emosi dalam diri keturunan yang mempunyai darah serigala jadian. Bau ini, yang pada mulanya hanya sekadar gangguan, akhirnya membawa Evelyn ke dalam kancah konflik yang tidak pernah dia bayangkan. "By the way, nice perfume you're wearing," - Evelyn Skye Zarra Ayesha dapat merasakan bahawa Evelyn mempunyai minat yang mendalam terhadap dirinya sejak wanita berkarisma ini menjejakkan kaki ke syarikat milik keluarga Skye. Apa yang dia tidak tahu adalah feromon yang melekat di badannya menjadikan Evelyn tidak mampu berdiam diri dan cuba menyiasat maklumat tentang Zarra dengan lebih mendalam. "Malik, have you ever feel embarrassed of yourself? Apa guna jadi suami tapi lembab sentiasa? Bengap kau ni letak kat tepi jalan pun tiada siapa nak kutip tau!" - Zarra Ayesha "Malik cuma tak nak kecewakan bonda. Malik sedih kalau bonda menangis. Kalau Malik ceraikan Zarra, perempuan mana lagi yang sanggup terima lelaki lembab seperti Malik?" Raja Malik Syahir; pemilik bau feromon yang berjaya menjadikan Evelyn tidak tentu arah. Seorang lelaki yang sifat fizikalnya normal namun kurang dari segi mental. Gangguan kognitif yang terjadi sejak dia kecil menjadikan dirinya dibenci oleh isterinya sendiri. Setiap masa didera dan diugut dalam rumah tangga. Caci dan makian menjadi makanan ruji setiap hari di rumah yang hanya mampu berdiam dan tidak berdaya melawan kerana akal yang tidak sihat. Aura Evelyn Skye tiada siapa mampu melawan. Orang sekeliling takut dan tunduk dengan perintahnya. Siapa yang berani pasti akan kecundang awal kerana mereka belum kenal lagi lapisan bawang paling dalam seorang Evelyn Skye. "Haah. Aku suka lelaki bodoh. Comel what?"
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
37 parts Complete
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
SOFEA by itswynaa
36 parts Complete
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
APRICITY | OG by itstheqiel
17 parts Ongoing
【BOOK 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
You may also like
Slide 1 of 19
Beneath The Apron (OG)  cover
Dia, Zayn Raffael (BAKAL TERBIT) cover
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) cover
KESAYANGAN TUN cover
[OG] Her Angel cover
ARYAN ANNISA [C] cover
ISTERI SEORANG TENTERA  cover
Dia.. Delilah Lavelle[O/G] cover
Isteri Halal Sementara  cover
[C] | Sehangat Cinta Sejuknya Luka cover
C| MANUSKRIP cover
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 cover
FALAH | Cinta Agung cover
AVIOTHIC | C cover
MEMORI: THE BIRTH OF THE NEW GENERATION (VOLUME 1:) - NOVEL VERSION (UNEDITED)  cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Amor Mio ©️ cover
SOFEA cover
APRICITY | OG cover

Beneath The Apron (OG)

16 parts Ongoing

Siapa sangka pertemuan di antara gadis bakeri dan lelaki beku bakal mencipta fenomena? Bermula dari pertemuan di sebuah restoran mewah telah membuatkan Myrul Ridhwan, jatuh cinta kepada Lilyann Maleeqa yang merupakan teman baik kepada teman wanitanya sendiri. "I'll break up with her nicely, hanya jika kau setuju nak kahwin dengan aku." - MYRUL RIDHWAN "Awak dah gila." - LILYANN MALEEQA Berkali-kali Lilyann menolak lelaki itu demi menjaga perasaan teman baiknya, namun ada sahaja cara Myrul untuk mengusiknya. Takdir menyatukan mereka ke dalam sebuah perkahwinan. Mahligai mereka indah! Masjid mereka terbina! Siapa sangka, gadis sesopan Lilyann merupakan devil in disguise? Dan jejaka sekasar Myrul boleh berubah menjadi seorang yang baik? "I told you, awak akan menyesal kahwin dengan saya!" - LILYANN MALEEQA "Diam, Maleeqa. Kau baca Al-Quran sekarang, biar semua syaitan tu keluar." - MYRUL RIDHWAN Akankah mereka mengekalkan kebahagiaan rumah tangga? Dapatkah Myrul bertahan selepas mengetahui perangai sebenar Lilyann? Ujian apa yang melanda rumah tangga mereka nanti? ⚠️ kalini happy ending, aku janji HAHAHAHA