Story cover for KHALI by hyzwayne
KHALI
  • Reads 111,100
  • Votes 9,178
  • Parts 39
  • Reads 111,100
  • Votes 9,178
  • Parts 39
Ongoing, First published Feb 01
Mature
4 new parts
GENRE : FANTASI - ROMANCE - PSIKOLOGIKAL
PENULIS : HYZWAYNE
BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY
START : 1/5/2025 - ????


-------------------------------------------------

Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli."

Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu.

Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata  istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap!

Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya.

Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya.

"Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev

"Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali

Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia?

"Happy birthday, my little devil."
All Rights Reserved
Sign up to add KHALI to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
MY TEACHER, MY HUSBAND by qshlia
38 parts Complete Mature
" Selamat Pagi Cikgu Harraz " : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Arwah ayah saya berhutang dengan Ah Long RM30K " - Qaseh Ayesha : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Panggil saya abang, abang Harraz pun sedap juga " - Tuan Harraz Zaqwan : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Whats your name babygirl ? " - Tuan Nik Aydan : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Keputusan yang akhirnya akan makan diri kau ? " - Tuan Ainul Sophea : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Ingat Ainul, dengki merosakkan lebih banyak daripada apa yang kita nampak, ia menghancurkan jiwa dan menghitamkan hati " - Tuan Nik Aydan : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Dah jadi lelaki pengecut nak jadi lelaki dayus pula ye ? " - Qaseh Ayesha : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Sayang, bagi abang peluang perbaiki semua ni " - Tuan Harraz Zaqwan : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : "Kalau kau keluar dari pintu ni, Qaseh... kau mungkin takkan kembali lagi " - Tuan Harraz Zaqwan. : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Saya sayang awak hingga ke syurga Allah Harraz " - Qaseh Ayesha : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Tiada cinta, tanpa pengorbanan " Karya pertama qshlia Plagiat diharamkan 🚫
Bidadara Dalam Hati© by haniswrite
86 parts Complete
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila sekali diuji dengan kisah cinta palsu, dirinya kembali tersungkur, tidak berdaya menjadi segagah dirinya yang dahulu. Haira turut mempunyai latar belakang yang tidak seindah yang dibayangkan. Haira akur dengan ketentuan Ilahi. Dia manusia dan hamba yang biasa dan tak mampu mengubah apa-apa. "Lepaskan aku, Ariq! Kau dah melampau!" - Haira Jannah. "Kau takkan mampu bangun. Sekali kau jatuh dalam jerat aku, kau takkan boleh bebas." - Ariq Zayyan. Haira percaya akan dirinya yang mampu bertahan dengan ujian itu. Tatkala semua orang tidak mempercayai dirinya, Haira jatuh terduduk dengan tangan yang tak bersambut. "Aku jijik dengan kau, kau bukan adik aku lagi. Dasar pelacur!" - Hairi Raziq Haira hina dimata semua manusia. Namun, kewujudan seorang lelaki mengubah segala persepsi manusia terhadap dirinya. Haira terhutang budi dan nyawa. Lelaki itu menghulurkan tangan. Bagi Haira, hulurannya penuh dengan duri. Andai disambut, berdarah-darah jarinya. Haira goyah. Dia tidak sempurna. Dia ternoda. "Semua manusia tak sempurna, Haira. Silap besar jika lelaki itu menilai wanita dari kisah silam yang penuh dosa andai Allah sentiasa memberi peluang." - Umi Hidayah. Disaat bahagia yang hampir dikecapi. Luka lama kembali membelenggu diri Haira. Adakah dia sekali lagi tersilap langkah saat pintu syurga seakan terbuka? "Demi Allah bersaksikan langit yang penuh dengan bintang, Hud cintakan Haira sepenuh hati." - Hud Jibril. Ini kisah mereka berdua. Penuh lara. Juga bahagia. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/u
 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING by thearrie
18 parts Ongoing
Waldan Hulaif Alfatih x Khawla Nadeen Elzahra 🩶 WALDAN HULAIF ALFATIH - Seorang anak yang baik. Taat kepada kedua-dua orang tua. Dia juga telah diterapkan dengan agama sejak kecil lagi. Membesar dalam keluarga yang bahagia. Serba serbi cukup. Penuh dengan kasih sayang. Mawaddah warahmah. KHAWLA NADEEN ELZAHRA - Membesar dalam keadaan keluarga yang mengejar dunia bukanlah mudah. Dia perlu turuti segala kemahuan kedua-dua ibu bapa. Kasij sayang yang sepatutnya dirasai olehnya sebagai anak bagaikan hilang. Dia hidup dalam keadaan tertekan kerana kurang kasih sayang dan perhatian daripada orang tua. Dia bersyukur kerana masih diberi seorang abang. Khalaf. Khalaf sentiasa bersamanya. Disaat dia sudah penat, Khalaf datang untuk menyuruh dia bangun. Perkahwinan di antara Waldan dan Khawla adalah peraturan daripada keluarga. Khawla berat untuk menerima Waldan sebagai suaminya. Sekalipun hati dia terukir nama Waldan. Tetapi, siapa boleh menerima takdir? Kun Fayakun. Jika itu adalah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz siapa dia untuk menidakkan? "Assalamualaikum, zaujah saya." - Waldan "Abang, abang sayang saya tak?" - Khawla Tidak ada rumah tangga yang sentiasa bahagia hingga ke hujungnya jika tidak diuji. Mereka diuji dengan keselamatan Khawla apabila Suhaila iaitu kawan baik Khawla suatu ketika dahulu muncul. Kata orang, jangan berumah ditepi pantai jika takut dibadai ombak. Samalah seperti alam perkahwinan. Jangan berkahwin kalau takut nak selesaikan masalah yang besar lagikan rumit. "Suami kau tu sebenarnya tak baik. Tengoklah apa dia buat belakang kau." - Suhaila "Jauhkan diri kau daripada Waldan." - Arik Nasr Adakah Khawla mempercayai kata-kata dusta daripada Suhaila? Atau dia percayakan suaminya? Atau dia memilih untuk melarikan diri daripada masalah?
SUDIKAH? (OG) by ISeonNa
12 parts Ongoing
Seorang gadis yang ingin menjejaki kehidupan orang dewasa dengan bekerja di sebuah syarikat yang ternama di bawah nama keluarga HANS. Tapi apakan daya pertemuan di antara pemegang syarikat tersebut dengannya membuat dia terpana seketika. Sakit. Sangat sakit. Itu apa yang dirasakan olehnya. Walaupun bertahun-tahun telah berlalu, kesan luka di dalam jauh sudut hati tidak pernah hilang. Semua kisah silam semasa dia masih muda terimbas tanpa diingini. "Awak......a-abang senior tu.." Najwa Calisya "Ingat free ke renung muka kacak aku? Bayar seratus." Ardif Ethan Tidak. Najwa tidak mampu menghadap lelaki itu. Kadang-kadang terfikir, kecil sangat ke dunia ni sampai boleh dipertemukan dengan dia semula selepas beberapa tahun tidak bersua. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidak bekerja di situ. Tetapi sesuatu ataupun seseorang yang menjadi penghalang dia untuk berbuat sedemikian. "Ian suka akak. Kahwin dengan daddy please?" Ian Qalish "Eh? Adik anak siapa?" Najwa Calisya Semua hal yang terjadi terlalu membawa bebanan kepada hidup Najwa. Apakah maksud di sebalik pertemuan tersebut? Adakah semua ini akan berakhir dengan kegembiraan ataupun tidak? "Nak buat satu pesanan boleh?" Ardif Ethan "Apa dia?" Najwa Calisya "Nak pesan awak untuk jadi isteri saya?" Ardif Ethan "Amboii muka tak tahu malu, tak boleh!" Najwa Calisya Ardif sedar bahawa dia telah banyak berbuat salah terhadap Najwa semasa usia mereka muda dahulu. Dia mengaku dia menyesal atas perbuatannya dahulu. Sekarang dia sedang menghadapi segala balasan yang dia perlu terima dengan rela hati. Persoalannya, mahukah Najwa memaafkannya dan membuka pintu hatinya untuk dia melangkah masuk?
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku by qstnadamia
28 parts Ongoing Mature
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End:
You may also like
Slide 1 of 10
Zalikha (OG) cover
MY TEACHER, MY HUSBAND cover
Dia Yang Aku Tinggalkan✔ cover
Takdir Kita | E-BOOK  cover
Bidadara Dalam Hati© cover
 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING cover
ACID'S cover
SUDIKAH? (OG) cover
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku cover
MARTEEN'S QUEEN cover

Zalikha (OG)

12 parts Ongoing

"Dia berkahwin dengan duda terlajak tua... demi sebuah dendam." Mallika Zalikha, model antarabangsa berusia 27 tahun, tidak menyangka cintanya berakhir dengan penghinaan. "Aku tak nak perempuan seksi macam kau! Murah! Jijik!" Rayyan Zailan, 28 tahun - anak kepada hartawan ternama, Dato' Rahan Zaidan - mencampaknya tanpa belas. Terhina dan terluka, Mallika bangkit dengan dendam. Langkahnya membawa dia ke pejabat Dato' Rahan, duda berusia 49 tahun. "Apa yang anak saya dah buat sampai awak sanggup datang cari saya?" Suara Dato' Rahan tenang, namun tajam menikam. Mallika tersenyum nipis, matanya penuh luka. "Saya nak kahwin dengan Dato'. Saya nak anak Dato' rasa, macam mana rasanya dikhianati." Pernikahan itu bermula dengan kebencian. Tapi takdir punya cara yang aneh. Dalam marah, cinta tumbuh perlahan-lahan. "Kenapa hati saya rasa tenang bila tengok awak senyum?" Bisik Dato' Rahan, ketika jiwanya mula rapuh dalam kasih. Namun saat cinta mula berputik... satu rahsia lama meledak! "Aku tak halalkan susu aku! Kau anak haram! Kaulah punca aku dibuang keluarga! Patut aku bunuh kau waktu dalam kandungan!" Jeritan wanita yang melahirkannya membunuh harapan yang baru mahu tumbuh. Dan kini, Dato' Rahan tahu segalanya. Cinta mereka diuji hebat. Mampukah kasih itu terus berdiri? Atau roboh sebelum sempat mekar? "Ya... perempuan itu aku." ⚠️ Based on a true story ⚠️